Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup sebarang tuduhan sebaliknya sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab berhubung isu status tanah Paya Indah Wetlands.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Elizabeth Wong cukup jelas.
"YB Elizabeth telah beri penjelasan, kalau ada maklumat tambahan kita boleh berikan penjelasan, tetapi setakat semalam setelah mendapatkan maklumat daripada Pejabat Daerah (Kuala Langat) dan juga PTG (Pejabat Tanah dan Galian) penjelasannya cukup komprehensif.
"Saya kira jawapan yang telah diberikan Elizabeth cukup lengkap untuk menangkis tohmahan mereka yang makan dedak dan juga mahu menggugat Kerajaan Negeri.
"Saya kira kerajaan negeri sentiasa mengambil sikap terbuka dan sekiranya ada sebarang tuduhan mereka boleh laporkan kepada pihak bertanggungjawab dan kita bersedia untuk memberikan kerjasama dalam mana-mana siasatan. Itu pendirian kerajaan negeri daripada awal. Kita tidak akan menutup sebarang tuduhan," katanya ketika ditemui media di perkarangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
Semalam, Elizabeth menegaskan tidak berlaku sebarang pengezonan gunaan tanah di lot 4827 dan 3974 milik Paya Indah Wetlands buat masa kini.
Katanya, tanah berkeluasan 450.76 hektar itu diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara sejak 1998.
BACA: Tiada pengezonan gunaan tanah milik Paya Indah Wetlands
Bagaimanapun, Elizabeth mengakui tanah yang dinyatakan Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin iaitu lot 68054 adalah milik Salak Land Development Sendirian Berhad dan tidak termasuk dalam kawasan Paya Indah Wetlands yang diwartakan sebagai kawasan pertanian.
Ditanya apakah mesej Datuk Seri Mohamed Azmin kepada Badrul Hisham yang membuat tuduhan tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor, beliau hanya berkata; "jangan makan dedak".
Berdasarkan pendedahan Badrul Hisham di dalam minit mesyuarat ketika pimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2014, lot berkenaan termasuk di dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
Tan Sri Abdul Khalid katanya telah menolak permohonan mengubah dan meminda syarat nyata di bawah Seksyen 124 (1)(a) dan (c) Kanun Tanah Negara daripada pertanian kepada bangunan kediaman kerana kawasan tersebut terletak di dalam Paya Indah Wetlands.
Malah, empat menteri besar sebelum ini juga melakukan perkara sama dengan mahu mengekalkan kawasan tersebut sebagai kawasan hijau tidak seperti yang dilakukan oleh Azmin yang menukar kawasan berkenaan bagi tujuan pembangunan.
Pada satu sidang media pagi tadi, Badrul berkata tanah di Lot 68504 tanah seluas 1529 telah ditukar status ke kawasan pembangunan pada tahun 2015 dan geran telah siap dipinda pada 9 April 2016.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Aug 03 2016
![Isu Paya Indah Wetlands: Kerajaan Negeri Selangor bersikap terbuka berdepan tohmahan Isu Paya Indah Wetlands: Kerajaan Negeri Selangor bersikap terbuka berdepan tohmahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41470216568_950x600.jpg)
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) menyifatkan Kerajaan Negeri Selangor sentiasa terbuka dalam menangani tohmahan isu status tanah Paya Indah Wetlands. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631835064_TBTanahRuntuh.jpg)
Tanah runtuh: 10 keluarga sudah keluar dari unit kediaman - Elizabeth Wong
Elizabeth Wong berkata pihaknya difahamkan semua keluarga yang terlibat telah keluar daripada kediaman masing-masing sebaik sahaja arahan dikeluarkan.
![Elizabeth serah dokumen bantu siasatan penglibatan ATM dalam pemilihan PKR Elizabeth serah dokumen bantu siasatan penglibatan ATM dalam pemilihan PKR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51485242695_ElizabethWong.jpg)
Elizabeth serah dokumen bantu siasatan penglibatan ATM dalam pemilihan PKR
Dokumen diserahkan kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51540169937_AZMINALI.jpg)
Pemilihan PKR: Azmin masih mendahului di Selangor
Fasa terakhir pemilihan di Selangor membabitkan enam lagi cabang daripada keseluruhan 22 cabang di negeri itu akan diadakan pada 28 Okt ini.
![Isu beg plastik: KPDNKK perlu segera bincang dengan peniaga - Armand Isu beg plastik: KPDNKK perlu segera bincang dengan peniaga - Armand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61468138770_Armand.jpg)
Isu beg plastik: KPDNKK perlu segera bincang dengan peniaga - Armand
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) perlu mengambil pendekatan bijak dan berbincang dengan pemilik pasar raya besar dalam menyelesaikan isu beg plastik.
![Selangor bebas beg plastik dan polistirena mulai 2017 Selangor bebas beg plastik dan polistirena mulai 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/51482313302_BebasPlastik.jpg)
Selangor bebas beg plastik dan polistirena mulai 2017
Bermula 1 Januari 2017, 'Hari Tanpa Beg Plastik' yang sebelum ini hanya diadakan setiap hari Sabtu di Selangor akan dipanjangkan kepada tujuh hari seminggu.
![Exco Selangor dakwa sampel air dari kawasan Nilai positif racun Exco Selangor dakwa sampel air dari kawasan Nilai positif racun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41477576885_DSAzminAli.jpg)
Exco Selangor dakwa sampel air dari kawasan Nilai positif racun
Elizabeth Wong mendakwa sampel air yang diambil dari kawasan Nilai, Negeri Sembilan mengandungi 4-bromodiphenyl ether, iaitu sejenis racun.
![Air pasang besar: Elak aktiviti riadah di pantai 16-19 Okt ini Air pasang besar: Elak aktiviti riadah di pantai 16-19 Okt ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51474441822_ombakbesar.jpg)
Air pasang besar: Elak aktiviti riadah di pantai 16-19 Okt ini
Dalam tempoh itu, paras air di sekitar daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka berada pada tahap tertinggi iaitu di antara 5.6 hingga 5.7 meter.
![Loji rawatan Air Langat dan Cheras ditutup ekoran pencemaran bau Loji rawatan Air Langat dan Cheras ditutup ekoran pencemaran bau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41474641141_LojiRawatanAir.jpg)
Loji rawatan Air Langat dan Cheras ditutup ekoran pencemaran bau
Loji rawatan air Langat dan Cheras ditutup malam tadi ekoran pencemaran bau disyaki dari Sungai Semantan di Pahang.
![Loji Rawatan Air Semenyih ditutup lagi, pencemaran bau - Exco Selangor Loji Rawatan Air Semenyih ditutup lagi, pencemaran bau - Exco Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436884363_WATERDISRUPTION.jpg)
Loji Rawatan Air Semenyih ditutup lagi, pencemaran bau - Exco Selangor
Susulan itu beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling akan mengalami gangguan bekalan air, sepertimana sewaktu penutupan pada 22 hingga 24 Sept lalu.
![Isu pewartaan Little India, Klang tidak timbul - Exco Selangor Isu pewartaan Little India, Klang tidak timbul - Exco Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446964575_jalankelana.jpg)
Isu pewartaan Little India, Klang tidak timbul - Exco Selangor
Isu mewartakan kawasan perniagaan di Jalan Tengku Kelana, Klang sebagai 'Little India' tidak timbul kerana kerajaan Selangor ingin menjadikan kawasan itu tempat untuk semua rakyat Malaysia.