Tiada lagi kompaun dikenakan, malah mereka akan diheret terus ke muka pengadilan.
Itu tindakan tegas Jabatan Imigresen terhadap individu yang cuba menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati).
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata, langkah berkenaan terpaksa diambil ekoran banyak majikan sanggup membayar kompaun daripada membuat permit untuk pekerja asing mereka.
Operasi menggempur sarang Pati kini lebih tertumpu kepada mengesan majikan yang masih berdegil dan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka.
Setakat hari ini, 325 majikan sudah dikenakan tindakan kompaun, namun kaedah itu dilihat tidak efektif.
Dalam pada itu, 174 unit pangsapuri di sekitar Lembah Klang dikenal pasti menjadi pusat kediaman warga asing.
“Kita sudah mula ambil tindakan tegas terhadap majikan yang ambil Pati bekerja. Tiada kompaun lagi selepas ini; mereka akan dibawa terus ke mahkamah.
“Kita sekarang lebih tertumpu kepada tindakan terhadap majikan, kompaun nampak tak berkesan, majikan sanggup bayar,” kata Mustafa.
Malam tadi, lebih 400 warga asing ditahan setelah gagal menunjukkan pasport dan permit sah di Pangsapuri Desa Tun Razak di ibu negara.
Operasi bersepadu melibatkan Jabatan Imigresen Putrajaya dan Jabatan Pendaftaran Negara pada jam 12 malam itu dilakukan hasil aduan awam yang tidak selesa dengan kebanjiran warga asing di kawasan terbabit.
Ketika diserbu, hampir kesemuanya hanya mempamerkan salinan pasport dan permit.
Kesemua mereka dibawa ke ibu pejabat Imigresen di Putrajaya untuk proses saringan dokumentasi.
Astro Awani
Wed Feb 25 2015
Langkah berkenaan terpaksa diambil ekoran banyak majikan sanggup membayar kompaun daripada membuat permit untuk pekerja asing mereka.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
Hidup mati atas jalan raya, lindungilah kebajikan kami...
Sampai bila kebajikan pekerja gig dilayan seperti anak tiri…
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
Itu antara suara mereka yang terlibat dalam sektor ekonomi gig, menganggap gesaan pemain industri untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig sama sekali tidak wajar.
Laporan lanjut, ikuti tinjauan disediakan wartawan Khalis Khadir.
AWFF: 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Filem tersebut berjaya mengetepikan 15 filem lain dari seluruh Asia untuk memenangi Piala Snow Leopard.
AWFF: Kemenangan 'Abang Adik' subur harapan ke Oscar
Kemenangan itu menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi tahun depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian: Seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Perkukuh komuniti dan tangani cabaran serantau - Mohamad
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia berperanan penting dalam memperkukuhkan komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Isu Pati: Tiada lagi kompaun, terus heret ke mahkamah - Imigresen
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim berkata langkah berkenaan terpaksa diambil ekoran banyak majikan sanggup membayar kompaun daripada membuat permit untuk pekerja asing mereka.