Isu guru Muslim Cina yang dipaksa membuka tudung oleh ahli jemaah pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat baru-baru ini turut mendapat perhatian Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor.
Yang Dipertua ISMA Johor, Mohd Tahir Hamdan dalam satu kenyataan menggesa perletakkan jawatan Pang Ah Ngang dengan segera disebabkan tindakannya mengarahkan guru wanita beragama Islam di sekolah tersebut membuka tudung.
"Tindakan beliau itu merupakan kesinambungan siri-siri penghinaan terhadap Islam di negara ini. Tindakan itu juga merupakan kemuncak penghinaan terhadap Islam dimana beliau dengan beraninya melarang seorang Muslim mengamalkan tuntutan yang diwajibkan kepada umat Islam," kata Tahir.
Tindakan Pang ini menurutnya telah menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan masyarakat di negara ini yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan.
"Hanya satu cara sahaja untuk mententeramkan keadaan ini iaitu dengan beliau meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada umat Islam di negara ini," tegasnya.
Semalam, Pengerusi Biro Pelajaran Pemuda UMNO Malaysia, Rafiq Naizamohideen memberi masa selama 24 jam bagi Pang Ah Ngang memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Selain itu, turut mengeluarkan kenyataan menyentuh isu ini adalah Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) yang mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan tegas terhadap Guru Besar sekolah tersebut.
Arfa Yunus
Thu Jan 16 2014

Kuasa AI dalam rekaan: Pixlr saingi industri gergasi
Pembangunan bakat tempatan sehingga ke insentif kerajaan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) Malaysia. Apakah strategi terbaik untuk memperkasakan industri ini, dan bagaimana Pixlr berperanan dalam membentuk masa depan AI dalam sektor kreatif?
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.
Ketahui lebih lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Pixlr Group, Warren Leow, dalam perbincangan eksklusif mengenai rekaan, inovasi, daya saing global, dan hala tuju AI Malaysia.

Muhammad Darwisy ada masalah jantung sejak lahir - Baddrol Bakhtiar
Selain ibu, ayah dan dua orang kakak, Muhammad Darwisy yang berusia 12 bulan turut meninggalkan pasangan kembarnya, Dhiya Dinara.

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

"Siapa kata ayah saya tanggung?" - Masya Masyitah akhirnya bersuara isu buka tudung
Selepas dikecam menanggalkan tudung, akhirnya penyanyi Masya Masyitah tampil bersuara dengan memohon orang ramai berhenti menunding jari dan menyalahkan kedua ibu bapanya.

'Saya disuruh buka tudung, tayang bahu dan lutut' - Yuna dedah kisah zaman awal kemunculan
Dia pernah disuruh untuk membuka tudung jika mahu bernaung di bawah satu syarikat rakaman, namun penyanyi bertaraf antarabangsa ini tidak menghiraukan perkara itu.

Rotan: Tiada kesan negatif fizikal, psikologi pada anak Aliff Syukri
Timbalan Perdana Menteri turut menasihatkan ibu bapa agar mengamalkan pendekatan yang lebih baik atau 'good parenting'.

Iman tak kuat, Emma akhirnya buang tudung
Selepas tular imej tidak bertudung bersama dengan peminat sejak tiga hari lalu, pelakon, Emma Maembong akhirnya akui tidak lagi bertudung.

Emma Maembong mengaku buka tudung, nafi duduk celah kangkang abang menteri
Pelakon Emma Maembong mengaku dia merupakan individu dalam gambar bersama abang Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Disuruh buka tudung untuk kembali berlakon, ini jawapan pedas Mon Ryanti
Tegas Mon, dia terkesan dengan cadangan tidak masuk akal itu dan memohon agar tidak mempertikaikan pilihannya untuk berhijab.

'Saya buka tudung selepas Ramadan kerana...' - Fazura
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura kembali membuka tudung selepas berhijab selama lebih sebulan pada Ramadan lalu.

Sara Ali akui tanggal tudung sejak Oktober tahun lalu
Aktres Sara Ali mendedahkan dirinya kembali membuka tudung selepas 10 bulan mengenakan hijab.

Isu paksa buka tudung: ISMA gesa Pang Ah Ngang letak jawatan
Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Johor turut memberi kennyataan susulan isu Guru Muslim Cina dipaksa membuka tudung di Johor.

Isu paksa buka tudung: 'Minta maaf sahaja tidak cukup' - Pemuda UMNO Johor
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor mahu kerajaan ambil tindakan tegas berhubung isu Guru Muslim Cina dipaksa membuka tudung.