KUALA LUMPUR: Pembangunan di luar bandar dan desa bukan hanya terletak di bahu kerajaan pusat kerana kerajaan negeri juga harus memikul tanggungjawab sama bagi mengurangkan kadar penduduk kategori miskin tegar di kawasan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, terdapat kerajaan negeri yang komited membangunkan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan terdapat jurang taraf hidup penduduk di kawasan terbabit antara negeri-negeri.
"Jangan hanya mengharapkan Kerajaan Persekutuan. Saya yakin negeri-negeri yang luar bandarnya maju adalah apabila mereka sendiri mempunyai pendapatan hasil kutipan negeri. Yang penting bukan hanya infrastruktur asas seperti api dan air disediakan tetapi juga pembangunan lain yang sama penting termasuk pendidikan.
"Penekanan terhadap perkara itu mesti dibuat kerana (terdapat) penyelarasan dengan pelbagai kementerian, agensi (di peringkat persekutuan) dan jabatan-jabatan kerajaan negeri," katanya dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.
Beliau berkata, ketika ini, terdapat lebih 8.7 juta rakyat Malaysia mendiami kawasan luar bandar di seluruh negara dengan kira-kira 17.3 peratus penduduk berada dalam kategori miskin.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited membantu penduduk dalam kategori miskin dan miskin tegar serta sentiasa menunaikan janji apabila membuat pengumuman berkaitan perancangan membantu masyarakat dalam kategori itu dibuat.
Beliau berkata, ini terbukti melalui bantuan sewajarnya menerusi program-program kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan serta disalurkan bagi membantu mereka keluar daripada kepompong miskin tegar.
"Tahun lepas, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa kaedah untuk menyelesaikan (masalah) miskin tegar.
"Kita lihat setiap tahun garis kemiskinan pasti akan mempunyai braket pendapatan yang lebih tinggi. Suatu ketika kita lihat RM1,280 adalah miskin tegar tetapi sekarang ini, angka itu telah meningkat," katanya.
Ahmad Zahid berkata, kerajaan kini juga fokus untuk mewujudkan sistem yang berkait rapat dalam usaha membantu meningkatkan taraf ekonomi penduduk luar bandar khususnya Bumiputera bagi memastikan penyelesaian kemiskinan dapat diatasi.
"Sistem berkenaan yang sedang dibuat akan dipastikan dapat menyelesaikan kemiskinan di desa ataupun luar bandar yang terkait antara satu sama lain termasuk menyediakan 'kolam' dan 'kail' kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentangan Pengerusi Kluster Sosioekonomi Bumiputera Sabah, Profesor Madya Datuk Ramzah Dambu pada kongres ekonomi itu yang menyatakan isu di Negeri Di Bawah Bayu agak berbeza kerana isu utamanya adalah berhubung kait dengan infrastruktur.
Antara lain Ramzah berkata, isu sebenar bukanlah mengenai pancing atau ikan tetapi kolam itu sendiri tidak ada di Sabah.
Menyentuh pembangunan penduduk Orang Asli, Ahmad Zahid berkata pindaan Akta Orang Asli bukan sahaja untuk menjamin hak mereka malah berhasrat membantu meningkatkan taraf hidup suku kaum itu.
Beliau berkata, ketika ini, sesi libat urus bukan sahaja dilakukan bersama agensi atau jabatan berkaitan malah penduduk Orang Asli itu sendiri dan badan bukan kerajaan.
"Ramai Orang Asli yang telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD), sarjana serta berada pada tahap profesional dan pada hemat saya, biarpun ada dalam kalangan mereka yang berbeda pandangan, kita harus mendekati dan menyantuni. Ini supaya supaya dapat memberikan input terbaik bagi mempertingkat kehidupan Orang Asli secara keseluruhan," katanya.
Beliau berkata, bagi tujuan itu, pelbagai keutamaan diberikan kepada Orang Asli antaranya pendidikan yang diharap mampu mengubah kehidupan mereka kepada lebih baik.
Pada 2023, Ahmad Zahid berkata, isu berkaitan pendaftaran perkahwinan, kelahiran dan kawasan rayau membabitkan Orang Asli diberi perhatian dalam pindaan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) untuk menjamin hak mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara itu berkata, pendidikan anak-anak Orang Asli juga akan diperkasa menerusi penekanan terhadap TVET selain mengharapkan lebih ramai yang menjejakkan kaki ke menara gading.
"Tahun lepas, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menyasarkan 300 anak Orang Asli memasuki universiti, hasilnya lebih 400 layak meneruskan pengajian di peringkat itu. Tahun ini saya yakin mungkin 500 atau lebih 600 akan masuk universiti," katanya.
Ahmad Zahid juga berkata, meskipun belum mendapat respons secara rasmi berkaitan pindaan itu namun perkara tersebut telah dibawa ke mesyuarat dan persidangan Menteri-Menteri Besar.
"Setakat ini mereka sangat positif, begitu pun kita ada beberapa isu terpencil yang harus kita tangani terlebih dahulu sebelum muktamadkan pindaan kepada Akta Orang Asli ini," katanya. - Bernama
Bernama
Sun Mar 17 2024
Ahmad Zahid berkata, terdapat kerajaan negeri yang komited membangunkan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan terdapat jurang taraf hidup penduduk di kawasan terbabit antara negeri-negeri. - Gambar/ Bernama
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Isu naik taraf hidup penduduk desa tanggungjawab negeri juga - Ahmad Zahid
Pembangunan di luar bandar dan desa bukan hanya terletak di bahu kerajaan pusat kerana kerajaan negeri juga harus memikul tanggungjawab sama.