PUTRAJAYA: Lapan cadangan pindaan kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berhubung isu kewarganegaraan akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menyediakan dokumen pembentangan mengenai kesemua cadangan yang dikemukakan dengan mengambil kira pandangan rakyat.
Beliau berkata cadangan pindaan itu membabitkan Jadual Pertama dan Kedua Perlembagaan Persekutuan yang turut meliputi isu kewarganegaraan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu yang berstatus warganegara Malaysia.
"Sebarang cadangan pindaan terhadap Bahagian III Perlembagaan Persekutuan berkaitan perkara kewarganegaraan hendaklah mendapat perkenan Majlis Raja-Raja selaras dengan kehendak peruntukan Perkara 159(5) Perlembagaan Persekutuan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Azalina berkata kelapan-lapan cadangan pindaan itu adalah berdasarkan kepada dapatan melalui analisis kajian, sesi libat urus, kajian perbandingan perundangan negara lain serta perbincangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet dan Jawatankuasa Teknikal Pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan Berhubung Perkara Kewarganegaraan.
Beliau berkata cadangan pindaan itu turut memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak selaras dengan Perkara 161E(2)(a) Perlembagaan Persekutuan kerana membabitkan pindaan yang menyentuh hak orang yang lahir sebelum Hari Malaysia untuk menjadi warganegara disebabkan perhubungan mereka dengan kedua-dua negeri atau jaminan layanan sama rata antara orang yang lahir dan bermastautin di negeri-negeri Borneo dengan orang yang lahir di negeri-negeri Melayu.
Katanya Kerajaan Perpaduan Malaysia MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri komited dalam membentangkan cadangan pindaan yang adil serta wajar.
Azalina berkata kerajaan mendengar dan mengambil maklum semua pandangan, cadangan serta maklum balas yang diterima daripada rakyat dan badan bukan kerajaan selain Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.
Beliau berkata kerajaan memberi jaminan untuk memelihara kepentingan hak-hak wanita atau ibu warganegara Malaysia dan juga anak-anak mereka.
"Pindaan ini memberi peluang kesamarataan jantina kepada warganegara Malaysia untuk memperoleh kewarganegaraan anaknya yang lahir di luar negara di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan sedang menyediakan dokumen pembentangan mengenai kesemua cadangan yang dikemukakan dengan mengambil kira pandangan rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
KDN tumpu usaha selesai isu taraf kewarganegaraan pemastautin tetap
Saifuddin Nasution berkata terdapat kira-kira 30,000 orang dalam kategori itu namun hanya 10,000 daripada mereka memohon kewarganegaraan.
Pendengaran rayuan berhubung isu kewarganegaraan dijadual semula pada 10 Dis
Menurut peguam, tarikh itu dianjak ke bulan Disember susulan penjadualan semula pendengaran kes oleh Mahkamah Persekutuan.
RUU Warganegara: KDN sudah bentang kepada Majlis Raja-Raja, perlu perhalusi lagi
Saifuddin berkata, masih ada perkara yang perlu diperhalusi dengan Suhakam sebelum ia melalui bacaan buat kali kedua di Dewan Rakyat, Oktober ini.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Isu kewarganegaraan: Jemaah Menteri setuju dengan tujuh cadangan pindaan Perlembagaan
Kerajaan bersetuju dengan tujuh daripada lapan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Isu kewarganegaraan: Bincang semula cadangan pindaan Perlembagaan mudaratkan kanak-kanak - HAWA
Kerajaan digesa tidak lagi menangguhkan proses pindaan membolehkan kanak-kanak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik tanpa dihalang oleh status perkahwinan dengan rakyat bukan wargenegara.
Isu kewarganegaraan: Cadangan pindaan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja selepas PRN
Cadangan pindaan itu akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai.
NGO adakan perjumpaan bincang isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar - Nancy
Satu sesi perjumpaan membabitkan NGO bersama KDN berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan kanak-kanak terbiar akan diadakan dalam waktu terdekat.
Cadangan pindaan babit isu kewarganegaraan dibentang ke Majlis Raja-Raja Julai ini
Cadangan pindaan itu dilakukan secara komprehensif dengan mengandungi sekurang-kurangnya lapan cadangan pindaan.
KDN perhebat usaha memperjelas isu kewarganegaraan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperhebatkan lagi usaha menjelaskan isu-isu berkaitan kewarganegaraan.