KUALA LUMPUR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor akan menerima 35 jururawat tetap dan perjawatan lain termasuk Penolong Perubatan Kesihatan manakala beberapa jawatan kontrak lain sedang menunggu untuk disahkan.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau mengambil maklum lawatan mengejut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) baru-baru ini yang berdepan kekurangan aset perubatan serta sumber manusia terutama pegawai perubatan dan jururawat sehingga menyebabkan penutupan dua wad serta 10 bilik pembedahan.
Beliau berkata isu itu sememangnya dalam perhatian Kementerian Kesihatan (KKM) dan penyelesaian segera sedang dalam tindakan dengan kerjasama agensi pusat.
"KKM sentiasa komited dalam isu kekurangan petugas kesihatan di fasiliti KKM yang ditangani dengan sebaiknya bagi memastikan penempatan petugas kesihatan termasuk doktor dan jururawat menepati keperluan semasa sesebuah fasiliti.
"Kemas kini data dan pemetaan dilaksanakan bagi memastikan agar tiada berlaku maldistribusi petugas malah ia dapat mengenal pasti keperluan dan kehendak optimum operasi di mana-mana hospital mahupun klinik kesihatan tersebut," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Zaliha berkata KKM juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600 bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk membolehkan kedua-dua wad dibuka segera.
Katanya selain itu, waran peruntukan perbelanjaan mengurus sebanyak RM634,916 telah disalurkan kepada JKN Johor bagi perolehan aset bukan perubatan bagi memenuhi keperluan mendesak di HSI dan HSA.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan semua pihak dalam memastikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat.
"Usaha sedemikian dengan pendekatan 'keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat' adalah antara perkara penting yang digariskan melalui Kertas Putih Kesihatan yang akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Jun.
"Ini adalah demi menjamin kesaksamaan dan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih mampan serta ia kalis masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Dr Zaliha berkata isu itu sememangnya dalam perhatian KKM dan penyelesaian segera sedang dalam tindakan dengan kerjasama agensi pusat. - Gambar fail/Bernama
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.
Cuaca panas: Orang ramai tidak perlu risau, KKM sentiasa pantau keadaan - Dr Dzulkefly
Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM).
Cuaca panas: KKM akan umum jika perlu tutup sekolah
KKM akan membuat pengumuman termasuk mempertimbangkan keperluan penutupan sekolah berikutan cuaca panas melanda beberapa negeri.
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.