CYBERJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bercadang masuk campur dalam isu kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ia masalah dalaman pasukan itu, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki.
Beliau berkata SPRM yakin dengan kemampuan dan kredibiliti PDRM untuk menangani isu kartel itu dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador juga telah membuat kenyataan bahawa isu berkenaan boleh diselesaikan PDRM sendiri.
"Pada saya ini masalah dalaman dalam pihak polis," katanya kepada media selepas menyaksikan Majlis Melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Abdul Hamid mendedahkan wujud gerakan dalam kalangan pegawai muda PDRM yang bercita-cita menjatuhkannya serta mendakwa gerakan itu juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM dengan hasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
Merujuk kepada majlis lafaz ikrar hari ini, Azam berkata MDEC telah menunjukkan kesungguhan dalam usaha membanteras rasuah dan memastikan integritinya terpelihara untuk membantu memajukan ekonomi negara ke arah pendigitalan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Surina Shukri berkata 450 kakitangan agensi itu telah melafazkan ikrar bebas rasuah yang dibuat secara hibrid.
"MDEC memang memandang serius gejala rasuah dan ini menunjukkan komitmen kita untuk membasmi rasuah dan juga mewujudkan organisasi yang telus dan berintegrasi supaya kita boleh memacu ekonomi digital," katanya.
Pengerusi MDEC Datuk Dr Rais Hussin pula berkata dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR), ia memberi impak positif kepada seluruh warga kerja serta kepimpinan MDEC yang beriltizam menjadi sebuah organisasi bebas rasuah.
IBR merupakan janji yang dibuat secara sukarela atas kapasiti individu, organisasi dan kakitangan untuk memastikan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang kegiatan rasuah semasa memegang jawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021

AZAM: Pada saya ini masalah dalaman dalam pihak polis. - Gambar fail/BERNAMA
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran
Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.

Op Birth: Pengamal undang-undang ditahan disyaki bantu sindiket daftar kelahiran
Menurut sumber, pemohon akan membayar sejumlah wang sebelum pengamal undang-undang itu mula menguruskan dokumen berkaitan permohonan sijil kelahiran bayi.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.

Malaysia tuan rumah dua program anjuran IACA, SPRM Julai ini - Azalina
Malaysia akan menjadi tuan rumah program RSA anjuran bersama SPRM dan AoP IACA pada 11 hingga 14 Julai ini.

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Wartawan mengaku tidak salah terima rasuah RM20,000
B. Nantha Kumar, 42, didakwa secara rasuah menerima wang tunai itu daripada Muhammad Zahid, seorang warganegara Pakistan.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.