KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin kesal dengan keputusan kerajaan berhubung penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, seharusnya kes tersebut diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya.
"Ketika saya menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), ada menteri daripada parti DAP yang meminta supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan kes Jill Ireland (Jill Ireland Lawrence Bill) di luar mahkamah.
"Saya tidak bersetuju dengan permintaan ini kerana apa yang dimaksudkan dengan penyelesaian di luar mahkamah itu ialah KDN menarik balik perintah rampasan cakera padat risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah.
"Pendirian KDN pada masa itu ialah kes ini mesti diputuskan oleh mahkamah mengikut proses undang-undang dan antara hujah utama KDN pada masa itu ialah penyebaran risalah agama Kristian yang mengandungi kalimah Allah boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam dan ini berkemungkinan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata, apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Jill Ireland pada tahun 2021, Kerajaan Perikatan Nasional pada ketika itu berpendirian keputusan kes itu mesti dirayu ke peringkat Mahkamah Rayuan.
Jelas beliau lagi, adalah menjadi kelaziman dalam mana-mana kes mahkamah, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh merayu ke mahkamah yang lebih tinggi.
"Keputusan untuk merayu ke Mahkamah Rayuan juga adalah selaras dengan titah yang dizahirkan pada masa itu oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
"Sekiranya keputusan mahkamah masih tidak berpihak kepada kerajaan selepas proses rayuan selesai, maka wajarlah bagi pihak kerajaan meminda undang-undang berkenaan demi memastikan tujuan undang-undang tersebut dikuatkuasakan, iaitu untuk menjamin keharmonian hubungan antara masyarakat berbilang agama dan memelihara ketenteraman awam di negara ini dapat dicapai.
"Perlu diingat bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing. Maka titah Raja-Raja Melayu dalam hal ini hendaklah dijunjung oleh kerajaan," jelasnya.
BACA: Isu rayuan penggunaan kalimah Allah: Ini kronologi dan fakta yang perlu anda tahu
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.
Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland, yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.
Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, pada 18 April lalu.
Afiezy Azaman
Wed May 17 2023

Muhyiddin berkata, seharusnya kes tersebut diputuskan menurut proses undang-undang di mahkamah sehingga selesai sebelum kerajaan membuat apa-apa keputusan dasar mengenainya. - Gambar fail

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.
AWANI 7:45 [14/3/2025] – Golongan belia bankrap | TVET dapat penuhi pasaran | Rakam keterangan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Trend muflis meningkat, lebih 5,000 bawah usia 34 tahun diisytihar muflis, tempoh lima tahun
- Lebih 60,000 permintaan jurutera mahir dapat dipenuhi
- Hari kedua, enam jam Ismail Sabri rakam keterangan
- Video raya kontroversi, Aliff Syukri diperintah bela diri
AWANI Tonight: Ismail Sabri returns to MACC HQ for full day of questioning
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob returned to the MACC headquarters today, to continue his questioning over a corruption case linked to the former prime minister.

Isu stoking kalimah Allah: Hidup KK Chai, isteri sengsara 124 hari
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) memberitahu kejadian stoking tertera kalimah Allah menyebabkan hidupnya sensara dan berlanjutan selama 124 hari.

Isu stoking kalimah Allah: Dr Akmal terima ugutan bunuh
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh akan membuat laporan polis susulan menerima ugutan bunuh berhubung kelantangan beliau mengenai isu kalimah Allah.

Gereja Borneo tarik balik semakan kehakiman kalimah Allah
Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) menarik balik permohonan semakan kehakiman berhubung hak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan dan amalan keagamaan Kristian pada 25 April lalu.

Isu kalimah Allah: Titah Raja-Raja Melayu perlu dijunjung - Muhyiddin
Katanya, kes itu sepatutnya diputuskan di mahkamah mengikut undang-undang sehingga selesai, sebelum kerajaan buat sebarang keputusan dasar.

Pemuda Umno cabar Guan Eng nyatakan pendirian
Pemuda Umno cabar Lim Guan Eng menyatakan pendiriannya berhubung isu kalimah Allah susulan keputusan Majlis Syura Pas.