KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.
Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar bertegas beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah.
"Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. Apa yang Sultan Selangor sebut iaitu dalam soal perakuan Kabinet tentang tidak membolehkan kalimah Allah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak.
"Oleh kerana ada pindaan, Tuanku beri pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan untuk diperkemas peraturan itu dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) supaya Tuanku sendiri mempersembahkan kepada Majlis Raja-Raja (MRR).
"Apa yang bertentangannya? Nak putar belit tipu rakyat sebab apa? Nak dapat keuntungan politik jangan dengan menipu," kata beliau pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar berkata demikian sekali gus membidas Datuk Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang pada permulaan persidangan hari ini bangkit mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(12) menuntut Perdana Menteri dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan bercanggah.
Zulkafperi merujuk kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada 23 Mei lepas yang menafikan dakwaan kerajaan tidak merujuk Yang di-Pertuan Agong mengenai keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Menurut Zulkafperi, ia berikutan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 7 Jun yang menunjukkan kerajaan belum merujuk kepada MRR sebelum menarik balik rayuan itu.
Menerusi titah itu, baginda selaku Pengerusi MKI mencadangkan supaya isu kalimah Allah dibawa kepada badan itu pada Ogos depan sebelum ia diangkat kepada MRR Oktober ini.
Pada masa sama Perdana Menteri menegaskan keputusan kerajaan untuk menarik balik rayuan dalam isu kalimah Allah telah dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi panggilan telefon yang dibuat semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Feb lepas.
"Kenyataan itu kalau baca dengan betul tak akan mengelirukan dan memang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023

Anwar bertegas, beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah atau mengelirukan berhubung isu kalimah Allah. - Gambar/ Bernama

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.

Thaksin sokong kepimpinan Malaysia terajui ASEAN tangani krisis Myanmar
Bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra menyuarakan keyakinannya terhadap kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Malaysia kekal pendirian berkecuali, tidak babit dalam saingan kuasa besar - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menolak sebarang tekanan ekonomi dan tindakan unilateral yang boleh menjejaskan kestabilan serantau.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.