Nampaknya netizen tidak begitu gembira dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menaikkan kadar tempat letak kereta di kawasan miliknya.

Seperti biasa, media sosial dijadikan medium untuk meluahkan pandangan mereka terhadap isu semasa.

Secara keseluruhan, netizen tidak menyokong pelaksanaan itu atas sebab ia akan menambahkan lagi beban kehidupan mereka di kota ini.

Baru-baru ini, DBKL memaklumkan bahawa kadar tempat letak kereta pusat perniagaan terkemuka di ibu kota akan dinaikkan hingga 150 peratus, berkuat kuasa 18 Julai.

Ini bermaksud anda akan membayar tiga kali ganda lebih mahal berbanding sebelumnya bila anda meletakkan kenderaan di pusat perniagaan yang sama di Kuala Lumpur.

Menurut Datuk Bandar KL Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, ia merupakan satu-satunya cara untuk mengurangkan kesesakan dalam bandar.

Beliau berharap dengan pelaksanaan ini, ia akan menggalakkan warga kota untuk mempertimbangkan kaedah menaiki pengangkutan awam atau berkongsi kereta ke pejabat.

Bagaimanapun, netizen dilihat tidak menyokong usaha DBKL, di sebaliknya mengatakan kerajaan perlu menambah baik pengangkutan awam sebelum melaksanakan caj tambahan ini.

Hal ini kerana, menurut warga kota, perkhidmatan pengangkutan awam di KL masih berada di tahap memuaskan.

Seorang netizen, Abam berkata, “Peningkatan kadar letak kereta 150% di KL untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Sistem kereta api RapidKL yang baru pun masih belum lancar. Thumping up KL !”

Faizal Hamssin pula berkata, “Tempat letak kereta mahal adalah cara yang baik untuk membuatkan warga kota mula menggunakan pengangkutan awam. Tetapi jika hanya ada pengangkutan awam yang baik. KL tidak mempunyainya.

Malah, ada yang mengadu, pelaksanaan ini hanya membebankan lagi tanggungan mereka.







facebook
Kredit gambar: Facebook

Bagaimanapu, ada segelintir yang menyatakan, usaha DBKL dalam mengalakkan penggunaan pengangkutan awam ataupun berkongsi kereta tidak salah, tetapi kadar yang dinaikkan adalah sangat tinggi.