Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib menegaskan, intipati sesuatu kandungan iklan itu perlu diteliti dan diperhalusi sebaiknya dengan mengambil kira semua aspek dalam menjaga sensitiviti umum.
“Pihak terlibat dan rakan kongsi mereka perlu sentiasa memberikan perhatian kepada apa sahaja yang ditetapkan dan pada masa yang sama tambahkan sensitiviti iaitu kita dari awal kena berwaspada.
“Kalau benda yang sensitif atau yang boleh disalah tafsirkan, eloklah tidak perlu dikeluarkan atau dipaparkan,” jelasnya kepada Astro AWANI dalam satu temubual khas di pejabatnya, di sini.
Dalam masa sama, Ahmad Phesal turut mengingatkan masyarakat umum khasnya, agar tidak cepat melatah dengan penyebaran fakta yang tidak sahih kebenarannya.
“Kita perlu sedar, Kuala Lumpur adalah kota metropolitan dengan pelbagai bangsa kaum dan agama. Jadi, sesuatu maklumat itu perlu berdasarkan fakta, sebab kita masyarakat berilmu, dan kalau kita salah beri fakta kepada orang ramai, ia akan mengundang padah, “
“Orang ramai memandang berat isu sensitiviti ini khususnya membabitkan nilai-nilai agama, mereka mudah melatah dan sebagainya,”
Masyarakat yang gemar menyebarkan maklumat tidak sahih juga disaran merujuk kepada pihak berkuasa bagi memastikan berita yang disebarkan itu benar.
“Jadi kita perlu mendapatkan satu kesedaran orang ramai dan mereka gemar menyebarkan maklumat hingga menjadi viral, perlu sedar akan kesan yang bakal ditempuh kelak," katanya lagi.
Ujarnya, pihak berkuasa, khususnya dari pihak DBKL sendiri sedia membantu untuk mengesahkan kesahihan maklumat berkaitan.
“Hubungi kita, (DBKL), seperti saya Datuk Bandar amat terbuka kepada komen-komen berkaitan, jika ianya mempunyai sentimen, kita boleh ambil tindakan dan arahan sebab ini adalah satu tindakan yang perlu diputuskan dengan segera,”
Katanya, penyebaran maklumat yang tidak sahih akhirnya akan membawa padah kepada negara.
“Bila penyebaran maklumat tak betul, berlaku pertelingkahan, ini akan menjadi masalah kepada bandar dan negara dan imej kita sendiri , “
“Katalah benda ni tak betul, tersebar di luar negara, orang akan kata, macam mana orang Malaysia tidak boleh faham, tak boleh tahu, ini babi atau wormbat. Natijahnya akan balik kepada Malaysia,” tegasnya.
Ahmad Phesal mengulas mengenai penyiaran iklan raya berbentuk digital yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Iklan yang disiarkan di kawasan segi tiga emas itu bagaimanapun ditarik balik dan syarikat pengiklanan berkenaan turut memohon maaf secara terbuka.
Mengulas perkara sama, beliau memaklumkan, pihak juga sedang dalam usaha memperbaiki kawalan pengiklanan di ibu kota.
“DBKL dan operator akan duduk bersama untuk meneliti supaya SOP ini dapat diperkemaskan, Insha’allah,” ujarnya.
Khairunnisa Kasnoon
Tue Jul 07 2015

Ahmad Phesal mengulas mengenai penyiaran iklan raya berbentuk digital yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Wasiat' terakhir Datuk Bandar Kuala Lumpur
"Dunia berbasikal tidak akan sama sekali saya tinggalkan. Saya akan berkayuh di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain menganggotai beberapa kumpulan berbasikal pada waktu malam," kata Ahmad Phesal.