KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob, yang berada dalam lawatan negara ke Malaysia.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Anwar berkata ini adalah merupakan pertemuan kedua beliau bersama Presiden Republik itu.
"Hari ini (Selasa) saya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas PYT Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura di Kuala Lumpur.
"Ini merupakan pertemuan kedua saya bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan rasmi saya ke Republik tersebut pada 30 Januari 2023 yang lalu," katanya.
Dalam pertemuan yang dilangsungkan di sebuah hotel di ibu negara, isu-isu berkenaan hubungan bilateral dua negara berkenaan disentuh oleh kedua-dua pemimpin itu.
Ini termasuk isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Halimah akan berada di Malaysia sehingga esok.
Ini merupakan lawatan negara yang pertama oleh Presiden Singapura sejak 2013.
Terdahulu, Halimah diberi sambutan negara di Istana Negara sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.
Ketibaan beliau dan suami, Mohamed Abdullah Alhabshee pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Nickyson Nyambar
Tue Mar 21 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob, yang berada dalam lawatan negara ke Malaysia. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim
Pelajar perempuan maut terjatuh dari tingkat lapan sekolah di Pulau Pinang
Kematian pelajar Tingkatan Dua itu tiada kaitan unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut.
Firma kajian positif tawaran RM11 sesaham untuk swastakan MAHB adalah terbaik
Pelabur juga boleh mendapat manfaat daripada sumber dan visi pemberi tawaran bersama untuk pertumbuhan mampan, menjadikan cadangan itu menarik.
PM Anwar bertemu Macron, bincang soal Palestin, teroka kerjasama AI
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan berkenaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Malaysia ambil bahagian Sidang Kemuncak G20 selepas 9 tahun
Kehadiran PM Anwar atas kapasiti negara jemputan disambut oleh Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva selaku tuan rumah.
'Kembali ke sekolah, doakan saya' - Tunku Azizah
Tunku Azizah kini kembali bergelar mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
Trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu semakin meningkat - FOMCA
FOMCA beri amaran kepada orang ramai tentang trend penipuan melibatkan ejen rumah sewa palsu yang semakin meningkat.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
PM Anwar ucap takziah kepada Sheikh Al-Azhar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah kepada Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif (Sheikh Al-Azhar) Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb atas pemergian kakak beliau semalam.
Perhebat muzium di Malaysia dengan paparan sejarah, warisan - PM Anwar
Muzium di Malaysia boleh diperhebat dengan memperbanyakkan paparan sejarah serta warisan budaya negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza: PM Anwar kecam sikap berat sebelah media barat, seru supaya konsisten dalam isu hak asasi manusia
Sambil menyatakan rasa tidak setuju terhadap keganasan di semua pihak, Anwar menekankan kepentingan untuk mengambil kira konteks sejarah.
Sebarang bentuk perlindungan akan jejaskan perdagangan, pelaburan - PM Anwar
Sebarang bentuk perlindungan akan menjejaskan negara-negara dari segi perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kestabilan terjamin melalui tadbir urus yang baik dan pembanterasan rasuah - PM Anwar
Anwar berkata agenda beliau untuk membanteras rasuah secara berterusan itu, diibaratkan sebagai satu perjuangan beliau untuk negara.
Perdana Menteri bertindak berani, gesa negara Arab, Islam usir Israel dari PBB
Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk membina konsensus ke arah menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait kukuhkan kerjasama dengan negara Asia Barat - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah.
Sidang Kemuncak Luar Biasa satukan suara negara Arab-Islam
Para pemimpin dunia Arab dan Islam berhimpun di Riyadh, untuk mencari penyelesaian bersama bagi menghentikan keganasan di Gaza dan Lubnan.
Malaysia sedia salur bantuan kewangan kepada Lubnan - PM
Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat serangan Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM sampai sumbangan, kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan dan kelengkapan Deepavali kepada Joselyn Dewi dan keluarganya.