PUTRAJAYA: Isu doktor pelatih, kriteria pemilihan doktor untuk jawatan tetap dan pemerkasaan fasiliti hospital antara yang diluahkan oleh kira-kira 350 doktor kepada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam sesi dialog di sini pada Rabu.
Pada sesi dialog lebih dua jam itu yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni serta Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr R Muruga Raj, para doktor berkenaan mengambil peluang meluahkan permasalahan mereka secara langsung kepada Dr Zaliha.
Dr B Abirami dari Hospital Shah Alam ketika ditemui selepas sesi berkenaan berkata perbincangan bukan sahaja menyentuh mengenai isu doktor kontrak, malah bagi perjawatan tetap contohnya masalah yang dihadapi sesetengah doktor pakar.
"Apa juga perkara yang kami tanyakan sama ada mengenai doktor kontrak atau fasiliti KKM, kami diberitahu bahawa ia bergantung kepada belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat ini. Kami berharap ia merupakan belanjawan yang baik untuk sektor kesihatan," katanya.
Dr Nurul Qashira Mohd Izlan yang merupakan doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur, berkata Dr Zaliha memberi jaminan bahawa kriteria bagi mengisi perjawatan tetap akan diperhalusi.
"Beliau mahu menjadikannya lebih telus dan mereka sedang berusaha ke arah itu. Kami difahamkan segala isu berbangkit bagaimanapun bergantung kepada belanjawan yang akan diumumkan kelak," katanya.
Dr Mohamad Firdaus Omar dari Hospital Melaka yang merupakan doktor tetap pula berkata isu buli dalam kalangan doktor turut diutarakan dan Dr Zaliha memberi jaminan bahawa isu tersebut merupakan antara permasalahan yang akan diselesaikan dengan kadar segera.
Sementara itu, menurut kenyataan pejabat Menteri Kesihatan yang dikeluarkan selepas sesi berkenaan, Dr Zaliha menghargai dan menghormati pandangan serta maklum balas yang diperoleh dan berdasarkan semua cadangan tersebut, beliau akan berusaha menangani isu sama ada dari segi polisi atau teknikal yang melibatkan KKM.
Menurut kenyataan itu, Dr Zaliha turut memberi jaminan tiada doktor yang hadir ke sesi berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.
--BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023

Sebahagian para doktor yang menghadiri Sesi 'Townhall' bersama Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa di Kementerian Kesihatan. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Isu doktor pelatih, perjawatan tetap antara dibangkitkan semasa sesi dialog
Dr Zaliha turut memberi jaminan tiada doktor yang hadir ke sesi berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.