KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengambil keterangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim berhubung kenyataan berkaitan isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa dibuat di media sosial miliknya pada 30 Ogos lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata Mohd Zaid hadir ke Bukit Aman pada 10 pagi dan selesai memberi keterangan pada 11.15 pagi ini.
Beliau berkata polis mengambil sedikit masa sebelum memanggil Mohd Zaid untuk diambil keterangan kerana perlu memastikan beberapa perkara terlebih dahulu.
"Kita perlu mengesahkan dahulu akaun pemilik adalah benar milik orang yang disyaki sebab itu ia ambil masa sedikit," katanya pada sidang media di Bukit Aman, di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata siasatan terhadap Mohd Zaid dijalankan mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan.
Terdahulu, polis turut mengambil keterangan Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataannya yang didakwa berbau perkauman semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram di Johor baru-baru ini, di pejabat bekas perdana menteri itu di sini, pagi tadi.
Mengulas mengenai perkara itu, Mohd Shuhaily berkata kedua-dua individu terbabit memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi itu dijalankan.
"Semua soalan telah dijawab dan polis akan menyiasat, seterusnya akan dibawa ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya.
Mengenai perhimpunan tanpa permit di ibu negara Sabtu lepas, Mohd Shuhaily berkata kertas siasatan berhubung perkara itu akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara esok.
Beliau berkata tiga kertas siasatan telah dibuka berhubung perhimpunan itu melibatkan 29 orang secara keseluruhan.
"Tiga kertas siasatan itu melibatkan Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam," katanya.
Sementara itu mengenai siasatan melibatkan 3R (raja, agama dan bangsa), Mohd Shuhaily berkata polis tidak pernah pilih kasih terhadap mana-mana individu yang dipanggil untuk membantu siasatan.
"Isu 3R menjadi hangat disebabkan adanya teknologi komunikasi yang boleh mencapai kepada ramai orang. Justeru, kita melihat perkara ini boleh menggugat keselamatan negara sekiranya disalah tafsirkan oleh orang ramai.
"Isu 3R yang kita siasat ini semuanya ada di dalam Perlembagaan Persekutuan dan saya yakin semua orang tahu akan limitasi. Tidak ada unsur-unsur memilih siapa yang kita akan siasat dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Mohd Shuhaily berkata siasatan terhadap Mohd Zaid dijalankan mengikut Seksyen 223 Akta Hasutan. - Gambar fail/Bernama
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Badan Peguam fail notis rayuan berhubung keputusan DNAA Ahmad Zahid
Badan Peguam memfailkan notis rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara.

Mahkamah tolak permohonan DNAA Najib, Mohd Irwan
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib dan Mohd Irwan Serigar supaya dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dari tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion.

Ahmad Zahid akan bantah permohonan Badan Peguam cabar keputusan DNAA
Peguam Guok Ngek Seong, yang mewakili Timbalan Perdana Menteri itu, berkata pihaknya akan memfailkan afidavit dan hujahan untuk membantah permohonan tersebut sebelum 11 Jan depan.

"Pertuduhan ke atas saya untuk alih perhatian kegagalan kerajaan" - Wan Saiful
Wan Saiful dakwa 18 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya juga dibuat secara tergesa-gesa.

Isu DNAA : Mohd Zaid dipanggil polis hari ini - Bukit Aman
Polis hari ini mengambil keterangan Datuk Mohd Zaid Ibrahim berhubung kenyataan berkaitan isu DNAA Ahmad Zahid yang didakwa dibuat di media sosial miliknya pada 30 Ogos lepas.

Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri
Ia boleh menimbulkan persepsi daripada konsep serta fahaman rakyat seolah-olah adanya campur tangan oleh mana-mana pihak.

Parlimen: DNAA kes Zahid keputusan Peguam Negara, saya tidak campur tangan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibuat oleh Peguam Negara atas 11 alasan yang dikemukakan.

PM akan jawab isu DNAA di Parlimen esok - Azalina
Azalina berkata, Perdana Menteri akan menjawab persoalan DNAA Ahmad Zahid Hamidi pada jam 2.30 petang di Dewan Rakyat.

Kes DNAA Ahmad Zahid: Himpunan Selamatkan Malaysia akan diteruskan - Tun Faisal
Tun Faisal berkata, ia susulan beberapa perkara yang meragukan selain dikhuatiri perkara itu telah dimanipulasi dari aspek perundangan dan eksekutif.

Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.