KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, 18 pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya merupakan satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat.
Wan Saiful turut menyifatkan, kesemua pertuduhan itu sebagai menutup kegagalan kerajaan hari ini dalam menangani isu yang membelenggu rakyat terutama kos sara hidup.
"Saya mengangap pertuduhan baharu yang dikenakan kepada saya ini adalah satu usaha mengalih perhatian rakyat daripada pelbagai kegagalan yang dilakukan kerajaan hari ini… gagal mengawal kenaikan harga barang, gagal mengawal kenaikan kos sara hidup, gagal membantu rakyat, gagal menjalankan reform yang mereka perjuangkan dan banyak lagi kegagalan tersebut.
"Jadi mereka terpaksa mencari isu-isu baharu boleh digunakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada segala bentuk kegagalan mereka.
"Malahan buat demonstrasi bantah kekejaman Israel pun gagal sebab banyak komplen kita terima.
“Usaha mengalih perhatian ini kita faham terpaksa dilakukan dengan segera sebab kritikan yang mereka hadapi hari ini teruk kerajaan dikritik, kalau tidak diubah perhatian maka tumpuan rakyat adalah pada kegagalan mereka," dakwa Wan Saiful ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu mendakwa, pertuduhan yang dikenakan terhadapnya juga dibuat secara tergesa-gesa apabila beliau dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) selama 30 minit sebelum dituduh kembali di kamar mahkamah berbeza.
"Saya masuk (mahkamah) jangkaan untuk dituduh dengan pertuduhan, akhirnya mahkamah pertama ialah DNAA dilepaskan dan tanpa dibebaskan, saya tak faham dibebaskan daripada apa sebab saya belum dituduh.
"Tapi akibatkan kegopohan itu ada perkara berlaku menyebabkan mula-mula DNAA, saya rasa juga 30 minit DNAA, lepas tu serta-merta dituduh semula di mahkamah bilik sebelah.
"Ini melambangkan betapa kegopohan itu memang wujud sehingga berlaku kepincangan sebegini. Kalau sekiranya ini dirancang dengan baik, saya rasa tak ada la DNAA sebelum dituduh, saya rasa ini rekod sebab takda orang lain DNAA tanpa dituduh tapi itu berlaku," tegas beliau lagi.
Terdahulu, Wan Saiful hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.
Beliau membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Husin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Wan Saiful didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613].
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana yang lebih tinggi.
Fareez Azman
Wed Oct 25 2023

Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, 18 pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan terhadapnya merupakan satu usaha untuk mengalihkan perhatian rakyat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Projek Jana Wibawa: Permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat didengar 18 April
Mahkamah menetapkan 18 April untuk mendengar permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.

Kes Wan Saiful: Wang berjumlah RM46,487.85 dimasukkan ke akaun bank sebuah syarikat
Wan Saiful didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM46,487.85 ke akaun Hong Leong Bank milik Good Square Sdn Bhd.

Wan Saiful tidak kelirukan Dewan Rakyat - Parlimen
Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu.

Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.

Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.

Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.

Hakim dan ketua pendakwaan baharu, bicara kes Wan Saiful 22 Ogos ini
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful berhubung Jana Wibawa, bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.

Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta
Mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.