Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu permohonan penyusunan semula agihan kuota benih padi sah bagi menampung keperluan pesawah di Perak sudah diluluskan Kementerian Kewangan (MOF).
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata kelulusan tersebut diperoleh selepas pihaknya menghantar permohonan penyusunan semula kuota tambahan sebanyak 2,500 tan benih padi kepada MOF.
“Kami sudah mendapat keputusan tersebut, sudah beres. Kami menunaikan janji kami (We walk the talk) untuk selesaikan isu ini.
“Kami menghadapi masalah tersebut kerana terdapat permintaan saat akhir.
“Ada dalam kalangan pesawah di beberapa kawasan yang pada mulanya, tidak mahu menanam tetapi selepas itu, mereka ingin tanam pula," kata Salahuddin kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Countdown Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019) di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Rabu.
Beliau juga yakin bahawa isu ketiadaan bekalan benih sah itu tidak akan berlaku lagi.
Pada Khamis lepas, Salahuddin berkata pihaknya mengambil maklum tentang isu kegagalan sebanyak 4,000 pesawah di Bagan Serai, Perak memulakan musim penanaman padi disebabkan tidak mendapat bekalan benih padi sah daripada pembekal seluruh negara.
Beliau juga menyatakan komitmennya dalam menyelesaikan masalah tersebut kerana ia berupaya menjejaskan kadar pengeluaran hasil padi negara ini.
Isabelle Leong
Wed Oct 02 2019
![Isu bekalan benih padi sah: MOF luluskan kuota tambahan - Salahuddin Isu bekalan benih padi sah: MOF luluskan kuota tambahan - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511260162_padi.jpg)
Permohonan penyusunan semula agihan kuota benih padi sah bagi menampung keperluan pesawah di Perak sudah diluluskan Kementerian Kewangan (MOH). - gambar hiasan
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Isu bekalan benih padi sah: MOF luluskan kuota tambahan - Salahuddin Isu bekalan benih padi sah: MOF luluskan kuota tambahan - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61511260162_padi.jpg)
Isu bekalan benih padi sah: MOF luluskan kuota tambahan - Salahuddin
Datuk Salahuddin Ayub berkata kelulusan tersebut diperoleh selepas pihaknya menghantar permohonan penyusunan semula kuota tambahan sebanyak 2,500 tan benih padi kepada MOH.