KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggariskan tujuh inisiatif utama sebagai jalan penyelesaian terbaik menangani isu beg berat murid yang telah berlarutan sekian lama.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon turut mengakui isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.
"Oleh yang demikian, ketetapan KPM yang akan dilaksanakan segera adalah seperti menyediakan lokar di sekolah rendah secara berfasa, melaksanakan jadual waktu yang mengandungi tiga hingga empat mata pelajaran sehari, mengikut kaedah dan pelaksanaan yang sesuai terutama aspek pemberatan subjek, ketersediaan guru dan sesi persekolahan.
"Selain itu, bilangan buku latihan hendaklah tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran pada satu satu masa. Setiap buku latihan hendaklah tidak melebihi 80 muka surat.
"Murid hanya dibenarkan untuk menggunakan buku aktiviti yang disediakan oleh KPM manakala buku kerja hanya boleh digunakan sebagai bahan rujukan atau bahan ulang kaji di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP).
"Penerbitan baharu buku teks dalam format digital dilaksanakan secara berterusan. Sehingga kini, sebanyak 692 judul buku teks digital telah dimuat naik dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Antara inisiaitf lain termasuk menggalakkan guru menggunakan pendekatan PdP berpusatkan murid iaitu pembelajaran bertema, modular, pembelajaran berasaskan projek, simulasi amali (virtual lab) atau pembelajaran terbeza.
Selain itu, mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dari aspek penyelarasan uniform agar murid diberi kelonggaran untuk memakai uniform sekolah masing-masing semasa sesi persekolahan KAFA.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang ingin tahu usaha kementerian bagi menangani isu bebanan beg sekolah yang berat yang ditanggung oleh pelajar-pelajar khususnya di sekolah rendah.
Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, KPM telah menjalankan tiga kajian utama berkaitan beg berat.
Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, KPM telah mengambil pelbagai tindakan bagi menangani isu berkenaan antaranya, mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah dan Surat Siaran Panduan Menangani Isu Beg Berat Murid di Sekolah pada tahun 2018.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Mar 21 2022

Datuk Dr Mah Hang Soon turut mengakui isu beg berat adalah kritikal dalam kalangan murid sekolah rendah, khususnya murid Tahap 1, iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. - Astro AWANI/Shahir Omar
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah di 49 HLS seluruh negara
Kejayaan itu dicapai hasil pelaksanaan pelantikan PPS enam kali setahun dengan sela dua bulan.

KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.

Isu PPRS, stadium E-sukan dan MLFF antara dibincang Dewan Rakyat hari ini
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ditanya sama ada bercadang untuk menambah baik syarat permohonan PPRS, supaya dapat memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan.

Perpaduan kaum tumpuan akhir perbahasan Titah Agong
Isu perpaduan kaum menjadi antara topik tumpuan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada hari terakhir sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Selasa.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Tiada peruntukan, Syed Saddiq akui terpaksa jadi model baju raya
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen disebabkan keengganan kerajaan memberikan peruntukan.