IPOH: Isu bantuan kepada ibu Diwiyana Mohammed seperti yang tular di media sosial sebelum ini dianggap sudah selesai dan tiada isu berbangkit.
Bagaimanapun, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin menasihati semua pihak untuk tidak hanya mendengar penjelasan sebelah pihak berhubung isu itu.
"Mungkin dia (Diwiyana) dalam video itu (TikTok) tidak ceritakan sepenuhnya, tetapi apa yang pasti adalah memang keluarga itu layak menerima bantuan apabila kita melakukan siasatan.
"Malah, proses bantuan terhadap dia juga sudah berjalan," ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Baitulmal yang mendakwa wanita itu sudah memperolehi pelbagai bantuan lebih RM15,000 daripada kedua-dua agensi itu sejak 2013.
Dr Wan Norashikin ditemui pemberita selepas sidang media perasmian program dana perubatan Sinar untuk pembedahan katarak dengan kerjasama Hospital Ar-Ridzuan Ipoh di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.
Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Perubatan Ar-Ridzuan Sdn Bhd, Zulkifly Zakaria.
Ujarnya lagi, hasil siasatan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak mendapati Diwiyana sememangnya layak menerima bantuan terbabit.
Dalam pada itu, Dr Wan Norashikin berharap perkara itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar memastikan kesahihan setiap berita, sebelum disebarkan.
"Cuma satu saya nak pesan, siapa juga yang baca untuk pastikan benda itu sahih atau tidak, barulah sebarkan.
"Bukan sahaja untuk yang membuat kandungan berita tetapi juga sebagai pembaca perlu bertanggungjawab.
"Apabila kita menerima maklumat sama ada daripada WhatsApp, Twitter, Facebook atau TikTok pastikan (ia) benar, baru ambil tindakan seterusnya sama ada 'forward' atau nak komen," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan, JKM sudah meluluskan bantuan bulanan sebanyak RM500 kepada warga emas terlantar, Selamah Hamid, 73, bermula bulan depan.
Wan Norashikin dilaporkan berkata, bantuan itu akan diberikan kepada anaknya, Diwiyana Mohammed, 37, bagi pihak wanita warga emas berkenaan.
BACA: "Tiada niat sentuh sensitiviti agama" - Diwiyana jawab isu penularan video ibunya terlantar
Sejak minggu lepas, tular sebuah video menerusi akaun TikTok @dyanamohammed3 yang memaparkan kekecewaan Diwiyana terhadap JKM Negeri Perak dan Lembaga Zakat Perak kerana mendakwa hampir dua tahun berusaha mendapatkan bantuan untuk ibunya yang terlantar sakit namun tidak mendapat perhatian sewajarnya.
Aida Aziz
Mon Feb 28 2022
Isu bantuan kepada ibu Diwiyana Mohammed seperti yang tular di media sosial sebelum ini dianggap sudah selesai dan tiada isu berbangkit. - Foto Astro AWANI
Kerajaan naik taraf fasiliti dengan kos RM4.3 juta
Kementerian Komunikasi berjaya menaik taraf fasiliti program Kampung Angkat MADANI di Kampung Kelinsing, Sepang dengan kos sekitar RM4.3 juta.
Pegawai ditahan tiada kaitan dengan Sarawak Media Group atau TVS
Sarawak Media Group/TVS dalam kenyataan pada Sabtu berkata, pihaknya berpegang teguh kepada prinsip keadilan dan akan memberikan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa, jika diperlukan.
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
Dua lelaki disyaki pengedar dadah dicekup dalam serbuan berasingan Op Tapis di pusat bandar ini dan di Tangkak, Johor, pada Jumaat.
Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
Polis giat mengesan seorang lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun sehingga hamil.
[TERKINI] Mangsa di Johor terus meningkat
Jumlah mangsa banjir Sabtu malam terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu
Tumpuan Ahad – 12 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Januari 2025.
Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV di Jalan Nenasi-Rompin
Lima sekeluarga maut termasuk seorang bayi selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah MPV di Jalan Nenasi-Rompin, berhampiran Kampung Sembayan, Nenasi, Pekan, malam ini.
Isu bantuan ibu Diwiyana selesai, tiada isu berbangkit - Exco
Isu bantuan kepada ibu Diwiyana Mohammed seperti yang tular di media sosial sebelum ini dianggap sudah selesai dan tiada isu berbangkit.