PAS kekal dengan prinsip untuk tidak menuduh seseorang itu bersalah selagi ia belum dibuktikan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai mengulas penahanan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Justeru, beliau berkata PAS menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pendakwaan dan mahkamah untuk membuat keputusan.
BACA: Lim Guan Eng ditahan SPRM
"Tidak banyak yang ingin saya katakan cuma kita masih kekal dengan prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.
BACA: Isu banglo: SPRM sahkan tahan Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon
"Kita asyik bercakap berkenaan rasuah dan penyelewengan, jadi kita serahkan kepada SPRM sebagai badan pendakwaan dan pihak mahkamah untuk membuat keputusan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam ini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP ditahan petang Rabu oleh beberapa orang pegawai SPRM ketika mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di pejabatnya sekitar jam 5.30 petang.
Turut ditahan ialah ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon yang ditahan di pejabatnya di Penang Garden sekitar jam 4.15 petang.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Jun 29 2016
TAKIYUDDIN: PAS menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan pendakwaan dan mahkamah untuk membuat keputusan.- Gambar fail
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
Isu banglo: PAS kekal pendirian, Lim Guan Eng tidak bersalah selagi belum dibuktikan
PAS kekal dengan prinsip untuk tidak menuduh seseorang itu bersalah selagi ia belum dibuktikan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai mengulas penahanan terhadap Lim Guan Eng.