PUTRAJAYA: Perdana Menteri mengingatkan semua pihak supaya menerima keputusan siasatan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam dakwaan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan SC sebagai badan profesional boleh dijadikan panduan kepada semua.

"Hari ini pun SC buat kenyataan mengatakan tidak ada kes terhadap beliau, kita terimalah keputusan SC.

SPOTLIGHT! BACA SEMUA BERHUBUNG AZAM BAKI DI SINI

"Jangan kita minta supaya dia disiasat, apabila dia disiasat, keputusan dibuat, kita masih tak puas hati. Jangan kita fikir kita ikut kehendak kita. Kalau pembangkang rasa kita mesti ikut kehendak pembangkang, tak boleh.

"Dia kena terimalah keputusan dari badan profesional seperti SC... jadi saya rasa, kalau ada apa-apa nak tanya SC punya keputusan, boleh tanya SC sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi Keluarga Malaysia di sini pada Rabu.

BACA: Isu Azam Baki: Peguam Negara jangan berdiam diri - Gobind Singh

BACA: Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC

Pada Selasa, SC berkata ia tidak dapat membuat penemuan konklusif bahawa Azam telah melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Sehari kemudian iaitu pada Rabu, SC memberikan penjelasan lanjut mengenai keputusannya untuk menamatkan inkuiri terhadap Azam.

Menurutnya, tindakan Azam tidak melanggar Seksyen 25 (4) SICDA.

Isu Azam Baki | Mesyuarat Khas Parlimen tidak wajar dipersulitkan - Anwar