Rakyat Selangor merayu agar kerajaan negeri menimbang semula cadangan menarik balik pemberian air percuma di negeri itu sebanyak 20 meter padu.
Bagi sebahagian besar rakyat Selangor, desas-desus kemungkinan pemberian air percuma itu ditarik balik agak tidak munasabah kerana bagi mereka pemberian air percuma itu telah membantu meringan beban rakyat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan pesara.
“Saya rasa ini tidak munasabah. Kami perlu membayar bil-bil yang lain dan perkara lain yang perlu diuruskan. Tidak munasabah jika skim air percuma tidak diteruskan,”kata Randir Kumar.
Pesara Shanmugam A/L Kathirasan turut sependapat dengan Randir kerana dia tidak mempunyai pendapatan untuk menanggung kos kehidupan sehariannya.
"Saya pesara, jadi saya tiada pendapatan. Bagaimana saya mahu membayar bil-bil yang ada ini? Susah sikit bila kerajaan Selangor kata mahu beri percuma, selepas itu bila dia kata tak boleh, saya susah hati juga," katanya.
Sementara itu,peniaga kedai makanan Rozih Abu Hassan berpendapat, golongan berpendapatan rendah akan lebih terkesan jika tiada lagi air percuma kerana harga tarif seunit air semakin mahal.
"Kesianlah orang yang berpendapatan rendah. Sekarang 20 meter ke bawah tak bayar kan, kalau selepas ini kena bayar, memang mereka akan terasalah dengan benda seperti ini kerana ketika ini harga satu unit sudah berapa?” soal Rozih.
Jelas Rozih lagi, golongan peniaga juga akan terkena tempias jika kerajaan Selangor tidak lagi menanggung kos skim air percuma itu.
Namun bagi Cheong Wee Ken, kerajaan Selangor boleh menarik balik skim air percuma itu, tetapi perlu mengurangkan tarif air.
"Naik sikit kita ingat kita boleh tahan, kita bayarlah. Kalau banyak, kita pun tidak boleh tahan punya. Anda pun tahu, sekarang semua barang pun naik. Gaji tiada naik. Jika ia harga tariff tinggi, rakyat mesti rasa susah," katanya lagi.
Pada Khamis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, (SYABAS) menyokong usaha kerajaan negeri Selangor untuk mengkaji semula pemberian air percuma kepada pengguna domestiknya.
Menurut SYABAS, jumlah kos yang tinggi yang ditanggung kerajaan negeri Selangor bagi melaksanakan skim air percuma itu boleh disalurkan untuk membiayai lain-lain kemudahan bagi tujuan meringankan beban sara hidup golongan tidak berkemampuan di Selangor.
Mariah Ahmad
Fri Aug 21 2015
Bagi sebahagian besar rakyat Selangor, desas-desus kemungkinan pemberian air percuma itu ditarik balik agak tidak munasabah kerana bagi mereka pemberian air percuma itu telah membantu meringankan beban rakyat. - Gambar fail
Madani tumpu cari persamaan, selesai pertelingkahan - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata berkata tumpuan Kerajaan Madani untuk mencari persamaan dan menyelesaikan pertelingkahan dengan sentiasa berunding.
#AWANInews
#AWANInews
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek