Perbincangan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu perjanjian air belum sampai ke tahap membawa perkara itu ke Mahkamah Dunia, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata setakat ini rundingan mengenai isu berkenaan berlangsung positif.
Rundingan tertutup peringkat pegawai antara Malaysia dan Singapura di republik berkenaan pada Isnin, juga menyentuh isu maritim, katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.
Minggu lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Johor perlu bijak memperjuangkan isu eksploitasi oleh Singapura terutamanya isu harga air murah yang dijual kepada negara itu.
Perdana Menteri berkata Singapura sebagai negara maju dengan pendapatan per kapita AS$18,000 tidak seharusnya membeli air dari negara dengan perdapatan per kapita tidak sampai AS$10,000 pada harga murah iaitu 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah sejak 1926.
Isu berkaitan perjanjian air antara kedua-dua negara kembali hangat pada pertengahan tahun lalu, apabila Perdana Menteri mengatakan harga air mentah yang dijual kepada Singapura sebagai tidak masuk akal dan beliau bercadang merundingkan semula terma perjanjian itu.
BACA: Isu air: Bertahun lamanya Singapura ambil kesempatan, ini dah 'mengarut' - Tun Mahathir
Perjanjian air berkenaan berakhir pada 2061, memberi hak kepada Singapura untuk mendapatkan sehingga 250 juta gelen sehari (mgd) air mentah dari Sungai Johor.
Singapura membayar 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air mentah dan menjual semula air terawat kepada Johor pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
Dr Mahathir, sebelum ini turut dilaporkan berkata Singapura akan kalah jika membawa isu air ke mahkamah antarabangsa kerana harga tidak masuk akal yang dibayar bagi bekalan air mentah dari Malaysia.
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara perlu berunding sebelum membawa pertikaian mereka ke Mahkamah Dunia (nama biasa bagi Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2019

Saifuddin berkata setakat ini rundingan mengenai isu berkenaan berlangsung positif. - Gambar fail/BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Isu air: Perbincangan belum sampai ke tahap bawa ke Mahkamah Dunia - Menteri Luar
Perbincangan antara Malaysia dan Singapura berhubung isu perjanjian air belum sampai ke tahap membawa perkara itu ke Mahkamah Dunia, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Malaysia, Singapura bincang isu maritim
Kumpulan Kerja Malaysia dan Singapura mengadakan pertemuan di Putrajaya hari ini bagi membincangkan isu maritim yang merangkumi Had Pelabuhan Johor Bahru dan Had Pelabuhan Singapura.