ALOR SETAR:Kerajaan negeri Kedah tetap mahukan bayaran caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke Pulau Pinang dan bukannya bayaran berbentuk sumbangan daripada kerajaan negeri terbabit.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, untuk itu kerajaan negeri berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah itu, namun bersedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan.
"Kita nak bayaran. Bukan sumbangan. (Kalau) sumbangan, ikut suka bayar berapa duit pun, 4 kupang (40 sen) 5 kupang (50 sen). Sumbangan ini juga kalau nak bagi boleh, tak mau bagi pun boleh," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini yang menggalakkan Pulau Pinang memberi sumbangan kewangan atas pengorbanan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air di Ulu Muda.
BACA: Tak wajar Kedah korban hutan tadah air, P. Pinang kaut untung percuma - Sanusi
BACA: Caj air mentah: Kerajaan Pulau Pinang enggan 'perang mulut' dengan Kedah - Chow Kon Yeow
Muhammad Sanusi turut menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini yang menyatakan kerajaan negeri Pulau Pinang sedia berunding mengenai isu pampasan air sebagai perkembangan positif bagi mencari penyelesaian berhubung perkara itu.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh memberi jaminan untuk tidak merobohkan mana-mana struktur bangunan termasuk rumah ibadat yang dibina atas tanah yang bukan milik persendirian dan bertentangan dengan undang-undang.
"Kalau saya jamin satu struktur tidak akan dirobohkan, padahal dibina atas tanah orang lain ataupun dibina di padang permainan kanak-kanak atau dibina di pinggir jalan menghalang lalu lintas, ia bertentangan dengan Akta Jalan Parit dan Tali Air (Akta 133), macam mana seorang Menteri Besar boleh beri jaminan bahawa pihak tertentu boleh melanggar akta tersebut di negeri ini," soalnya.
Isnin lepas, sebuah gabungan badan bukan kerajaan Hindu dilaporkan menggesa Menteri Besar Kedah itu memberi jaminan tiada lagi kuil dirobohkan di Kedah sebaliknya dipindahkan jika perlu.
Pada awal Disember lalu, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah selepas tapak berkenaan yang dimiliki kerajaan negeri hendak dibangunkan yang seterusnya menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
![Isu air: Kedah mahukan bayaran, bukan sumbangan - Muhammad Sanusi Isu air: Kedah mahukan bayaran, bukan sumbangan - Muhammad Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/61607325202_MuhammadSanusi.jpg)
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan Kedah berhasrat menetapkan caj 10 sen bagi setiap satu meter padu air mentah namun sedia berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang mengenai harga berkenaan. - Gambar fail BERNAMA
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Buru Jho Low: Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Keutamaan kerajaan ketika ini adalah memperoleh semula aset yang dikaitkan dengan skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan pemeteraian perjanjian sulit Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dengan Low Taek Jho atau Jho Low.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
#AWANInews
![2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS 2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720236983_FourthofJulyViole.jpg)
2 maut, 3 cedera ditikam pada Hari Kemerdekaan AS
Pegawai polis mendapati beberapa mangsa mengalami kecederaan parah sejurus tiba di tempat kejadian.
![LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085120_AIRKELANTAN.jpg)
LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.
![Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444283_MustaphaSakmud.jpg)
Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.
![Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716757504_mustaphasakmudjpg.jpg)
Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha
Sekiranya pihak penganjur mahu meneruskan perhimpunan berkenaan, mereka perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713350897_NassuruddinDaud.jpg)
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
![Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713241548_TBABIMjpg.jpg)
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
![Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710664642_watertap.jpg)
Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.
![Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021 Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705922681_NasrullahMohdNasir.jpg)
Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
![Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024 Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697964444_TBArmizanKPDNpem.jpg)
Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan.
![Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696420088_DatukDrIzaniHusin.jpg)
Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.
![RMK12: Bantuan segera RM800 juta atasi isu air di Kelantan, Sabah - Anwar RMK12: Bantuan segera RM800 juta atasi isu air di Kelantan, Sabah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694426825_AnwarIbrahim.jpg)
RMK12: Bantuan segera RM800 juta atasi isu air di Kelantan, Sabah - Anwar
Bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Kelantan dan Sabah, Kerajaan Persekutuan bersetuju menyalurkan bantuan segera RM800 juta.