KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyifatkan Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka ke Pahang selepas tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 hari ini sebagai peristiwa yang tidak dapat dilupakan.
Al-Sultan Abdullah juga berkenan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat memastikan kelancaran istiadat perjalanan itu, yang jelas menyentuh hati serta perasaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.
"Sambutan keberangkatan pulang bagi saya hari ini cukup 'memorable' dari Istana Negara ke Parlimen seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pelbagai petunjukan kebudayaan.
"...dan saya tiba di Kuantan dengan perasaan cukup terharu. Macam tidak percaya ini hari terakhir saya sebagai Yang di-Pertuan Agong," titah Seri Paduka pada Majlis Santapan Tengah Hari Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong dan paduka-paduka anakanda termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir ialah pemimpin kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku menteri pengiring dalam istiadat itu.
Semasa bertitah, Al-Sultan Abdullah juga mencuit hati hadirin apabila secara spontan berseloroh menyifatkan sambutan terhadap Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini membuat Seri Paduka mengimbau kenangan hari perkahwinan dengan Tunku Azizah pada 1986.
"Saya pun rasa seperti pengantin," titah Al-Sultan Abdullah.
Seri Paduka seterusnya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin kerajaan negeri yang terlibat menyusun upacara hari ini, dan menyifatkan jasa semua pihak terlibat hanya Allah yang dapat membalas.
Berkongsi perasaan melangkah meninggalkan Istana Negara yang menjadi singgahsana Seri Paduka bersemayam sejak 31 Jan 2019 pada pagi tadi, Seri Paduka bertitah ia amat sayu dan banyak air mata yang menitis.
Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan supaya rakyat Pahang berbangga dengan pencapaian Sultan mereka yang telah melunaskan tanggungjawab terbaik untuk negara dan rakyat sejak menggalas amanah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
"Mungkin sebilangan kecil tidak bersetuju dengan beberapa perkara keputusan saya buat, (namun) majoritinya adalah bersama (dengan) keputusan (yang) saya buat.
"Alhamdulillah rakyat Pahang masih rindu pada saya. Saya tidak pernah meninggalkan Pahang. Nadi dan jiwa sentiasa di sini, badan sahaja di sana (Istana Negara)," titah Seri Paduka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima tabik Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama RAMD pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Dataran Parlimen, hari ini. -Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.

Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.

Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.