KOTA BHARU: Hab Digital Ketereh yang dibangunkan dalam usaha kerajaan membantu usahawan setempat memperluaskan lagi pasaran mereka ke seluruh negara dan dunia melalui platform digital, hari ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini.
Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Zulkarnain Mohd Yasin berkata pembangunan hab itu merupakan hasil usahasama YTL Communications dan Shopee bersama-sama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Beliau berkata latihan serta kemudahan yang disediakan di hab itu juga memberi peluang kepada usahawan dan peniaga kecil yang terpilih dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk mendapat latihan, menghasilkan kandungan, dan memperoleh pendedahan menggunakan platform dalam talian yang membolehkan akses kepada pasaran global.
"Hab Digital Ketereh ini bakal dilengkapi dengan perkhidmatan 5G, kemudahan studio fotografi, studio live streaming dan penyuntingan video," katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bekwoh sempena Jelajah AKM Kelantan dan Perasmian Hab Digital Ketereh serta Sesi Percubaan Perkhidmatan 5G di Dewan Tun Abdul Gaffar Baba, Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Peringat, di Ketereh dekat sini.
Perdana Menteri tiba bagi merasmikan hab berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari dengan diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, dan majlis itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Pada majlis sama Ismail Sabri turut melancarkan teknologi 5G yang menyaksikan Ketereh dipilih menjadi lokasi luar bandar pertama di Malaysia sebagai projek rintis untuk perkhidmatan internet berkelajuan tinggi itu.
Zulkarnain berkata perkhidmatan teknologi internet 5G yang merupakan inisiatif kerajaan bersama Digital Nasional Berhad dengan Telekom Malaysia Berhad dan YTL Communications, akan memberi peluang kepada masyarakat menikmati perkhidmatan internet berkelajuan tinggi.
Katanya teknologi 5G merupakan 'game changer' dan bakal membawa perubahan kepada rakyat dengan gaya hidup lebih pintar dan efisien seperti kemudahan internet berkelajuan tinggi bagi membolehkan pelbagai aktiviti dalam talian seperti e-dagang, penstriman video serta menjadikan pengalaman pembelajaran dan latihan secara maya lebih menarik.
"Perkhidmatan 5G ini menawarkan kelajuan internet sehingga melebihi 1,000 Megabit per saat kepada pengguna berbanding 35 Megabit per saat bagi teknologi 4G. Teknologi 5G ini memiliki kemampuan kelajuan internet pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding 4G.
"Aplikasi 5G mempunyai kadar lengahan rendah serta berupaya menghubungkan lebih satu juta peranti bagi satu kilometer persegi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
Ismail Sabri (tengah) ketika merasmikan Hab Digital Ketereh dan 5G pada Majlis Bekwoh Sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kelantan di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), hari ini. - Foto BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ismail Sabri rasmi Hab Digital Ketereh, liputan internet 5G
Hab Digital Ketereh dibangunkan dalam usaha kerajaan membantu usahawan setempat memperluaskan pasaran mereka ke seluruh negara dan dunia melalui platform digital.
Hab Digital Ketereh bakal jadi pusat pendidikan e-dagang, e-pembelajaran
Hab digital tersebut merupakan kerjasama antara YTL Foundation, YES oleh YTL Communications, Shopee, K-KOM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).