Saingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO kini semakin sengit apabila Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Samad mengumumkan akan bertanding jawatan tersebut pada pemilihan parti Oktober ini.
Mohd Isa berkata, beliau berharap akan mendapat sokongan daripada anggota UMNO dalam meneruskan sumbangan untuk memantapkan parti terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Apa yang saya miliki terutamanya dari segi pengalaman dan kebolehan dapat membantu mengurus parti untuk menghadapi PRU-14.
"Sebagai orang lama, memang saya ada sedikit sebanyak pengalaman. Kalau boleh saya bantu pucuk pimpinan parti apabila berada di mainstream ini amat penting kerana semua berhasrat mengukuhkan parti," katanya selepas melancarkan krim mandian Purich, keluaran Delima Oil Products Sdn Bhd iaitu anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Berhad (FVGH) di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda di sini, hari ini.
Mohd Isa berkata beliau tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memenangi jawatan itu, sebaliknya menyerahkan kepada kira-kira 150, 000 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara untuk membuat pertimbangan.
"Saya serah kepada perwakilan untuk buat pertimbangan sama ada saya sesuai atau tidak. Kalau difikirkan saya sesuai, mereka pilih saya. Kalau tak sesuai, saya tiada masalah dengan itu, " katanya.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang menegaskan setiap calon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden mempunyai kekuatan sendiri.
Mohd Isa juga menegaskan politik sudah menjadi sebahagian dari hidupnya dan usia bukan satu halangan untuk menawarkan diri bertanding dalam pemilihan nanti.
"Ia bukan satu masalah besar. Saya rasa saya mempunyai pengalaman secukupnya malah berwarna-warni," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan memberikan laluan kepada calon generasi muda sebagai salah satu usaha untuk meremajakan parti, Mohd Isa berkata penglibatan golangan itu amat penting tetapi orang lama juga masih diperlukan di dalam parti.
"Kita tidak boleh membiarkan parti kepada generasi muda sahaja. Tidak boleh, mesti ada kombinasi daripada kedua-duanya. Ini yang diamalkan dalam Umno lebih 50 tahun lalu.
"Jika anda lihat sejarah, semua generasi muda dan orang lama bekerjasama dan berkhidmat kepada parti," katanya.
Mohd Isa pernah memenangi jawatan itu bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1, 507 undi iaitu mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1, 329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1, 234 undi).
Namun Lembaga Disiplin UMNO melucutkan jawatan beliau kerana didapati terlibat politik wang.
Sebelum itu pada pemilihan tahun 2000 beliau bertanding jawatan Naib Presiden tetapi tewas.
Karier politik Mohd Isa ' hidup semula' apabila dipilih bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri sembilan pada tahun 2009.
Pada PRU13 beliau bertanding kerusi Parlimen Jempol dan memenangi kerusi tersebut mengalahkan calon PAS, Wan Aishah Wan Ariffin dengan majoriti 8,614 undi.
Kemasukan Isa dijangka akan menghangatkan lagi persaingan jawatan yang kini disandang oleh Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Penyandangnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan akan mempertahankan jawatan tersebut.
Selain itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Mohd Ali Rustam turut dikatakan berhasrat untuk merebut jawatan itu.
Astro Awani
Tue Aug 20 2013
![Isa sahkan bertanding Naib Presiden Umno Isa sahkan bertanding Naib Presiden Umno](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/61375000851_295x200.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
![Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711693086_TBkesrasuahIsa.jpg)
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
![Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709719022_TBTANSRIMOHDISA.jpg)
Isa Samad dibebaskan: Pendakwaan fail rayuan di Mahkamah Persekutuan - Peguam Negara
Ahmad Terrirudin berkata notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah difailkan hari ini.
![Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709719022_TBTANSRIMOHDISA.jpg)
Tiada bukti kod ‘salam’ kait Isa Samad dengan rasuah - Hakim
'Tiada bukti menunjukkan kod salam antara Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas pegawai khas politiknya, Muhammad Zahid Md Arip berkaitan rasuah,' kata Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu.
!['Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad 'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709709477_TBIsaSamadjpg.jpg)
'Ketaatan, kesetiaan saya terhadap UMNO tidak berbelah bahagi' - Isa Samad
Tan Sri Mohd Isa Samad menegaskan, ketaatan dan kesetiaan terhadap UMNO tidak berbelah bahagi.
![Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709705780_MohdIsa.jpg)
Isa Samad bebas kerana suapan tidak disokong bukti - Hakim
Tan Sri Mohd Isa Samad dilepas dan dibebaskan daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta kerana bayaran pertuduhan suapan itu tidak disokong bukti yang boleh dipercayai.
![Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709695514_MohdIsa.jpg)
Kes rasuah: Mahkamah Rayuan lepas, bebas Isa Samad
Mahkamah Rayuan pada Rabu melepas dan membebaskan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad daripada sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.
![Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81685180553_Isasamad.jpg)
Kes rasuah: Keputusan rayuan Isa Samad 31 Januari depan
Pada tarikh itu, Isa selaku perayu akan hadir ke prosiding yang dibuat secara fizikal bersama peguamnya.
![28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman 28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61592286643_Isasamad.jpg)
28 Nov keputusan rayuan Isa Samad terhadap sabitan rasuah dan hukuman
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Nov untuk keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bagi sabitan dan hukuman penjara berkaitan kes rasuah.
![Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658920970_Isasamad.jpg)
Keputusan rayuan Isa Samad ditangguhkan ke tarikh lain
Keputusan rayuan Isa Samad berhubung sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan berhubung pembelian sebuah hotel di Sarawak ditangguhkan.Keputusan rayuan bekas Pengerusi Felda, Isa Abdul Samad berhubu
![PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690707055_AnakkepadaTanSri.jpg)
PRN: Anak Isa Samad nafi guna populariti ayah
Anak kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan beliau menggunakan populariti ayahnya untuk meraih undi sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri (PRN) ini.