KUALA LUMPUR: Institut Pengajian Tinggi (IPT) disaran memperluaskan kerjasama yang lebih besar dan menjalinkan kolaborasi strategik dengan universiti teknikal luar negara bagi memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata bagi memperluas jaringan strategik antarabangsa itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Gheorghe Asachi Technical University of Iasi (TUIASI).
Jelasnya, MoU itu akan memberi tumpuan kepada bahan kitar semula dan penggunaan semula produk untuk menangani isu kemampanan alam sekitar seperti pengeluaran sisa, pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim.
"Ini adalah kerana kemelesetan ekonomi global, penstrukturan semula industri, transformasi tenaga kerja menyebabkan IPT perlu mencari peluang bagi pembangunan profesional berterusan untuk kekal berdaya saing dan relevan," katanya.
Semalam, Noraini menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan antara Naib Canselor UniMAP Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan TUIASI yang diwakili Rektornya, Prof Dan Cascaval di TUIASI, Iasi, Romania.
Tambah Noraini lagi, kementeriannya akan menyokong dan memberi komitmen penuh kepada UniMAP dan TUIASI bagi menggalakkan dan mempromosikan kerjasama dalam pertukaran kepakaran, pengetahuan dan teknologi untuk pembangunan kakitangan serta mengambil bahagian dalam program promosi, latihan dan pembangunan untuk pelajar dan kakitangan.
Sementara itu, Zaliman berkata tahun ini merupakan tahun ke-10 UniMAP bekerjasama dengan TUAISI, malah dua penyelidik UniMAP adalah penerima geran Erasmus+ Teaching Mobility : for Academic Staff di Faculty of Materials Science Engineering TUAISI dan penglibatan mereka adalah dengan menyampaikan kuliah dan penyelidikan bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Kemelesetan ekonomi global, penstrukturan semula industri, transformasi tenaga kerja menyebabkan IPT perlu mencari peluang bagi pembangunan profesional berterusan untuk kekal berdaya saing. - Gambar hiasan
Letak diri dari perspektif pengguna untuk beri perkhidmatan terbaik
Falsafah atau panduan untuk merakyatkan perkhidmatan awam adalah dengan sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat dahulu.
Pasaran getah menaik walaupun kesan Monsun Timur Laut - Pakar
Walaupun penambahan stok diperlukan, keperluan selanjutnya dalam penyimpanan membentangkan cabaran yang agak besar berikutan cuaca buruk.
Suri rumah jana pendapatan tanaman cendawan tiram hasil kepakaran UniMAP
Seorang suri rumah mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selepas mengusahakan tanaman cendawan tiram dengan bantuan kepakaran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Integriti nilai utama penjawat awam
Integriti, ketelusan, dan kebertanggungjawaban antara nilai utama yang perlu dimantapkan dalam kalangan penjawat awam untuk menghadapi cabaran semasa dan merealisasikan aspirasi rakyat.
Perpaduan kaum, kepelbagaian budaya bukan suatu yang kekal tanpa usaha - Aaron
Perpaduan kaum dan kepelbagaian budaya di negara ini perlu terus diperkukuh oleh semua pihak dan tidak boleh mengambilnya sebagai sesuatu yang kekal tanpa usaha.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Subsidi RM300 pelajar IPT dalam Sabah pulang ke kampung - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan negeri yang sentiasa mendengar keluhan rakyat akan menunaikan hasrat pelajar yang meminta bantuan sekali bayar itu.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
MATEC 2024: Peluang anak muda terokai industri automotif
Tinjaun Astro AWANI mendapati anak-anak muda menyifatkan MATEC 2024 sebagai platform untuk mempelajari selok-belok industri automotif.
Lebih RM96 juta baucar buku ditebus setakat ini - Wong
Sejumlah RM96.7 juta peruntukan membabitkan pemberian baucar buku bagi pelajar tahap dua sekolah rendah, sekolah menengah sehingga peringkat IPT sudah ditebus setakat hari ini.
Pendidikan Malaysia berkembang dengan penekanan terhadap Industri 4.0
Perkembangan ini penting untuk menetapkan hala tuju masa depan IPT di negara ini dan menyelaraskannya dengan aspirasi negara.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
Kementerian Pendidikan Tinggi teliti kursus pengajian IPT agar tidak bertindih
Ia akan dibincangkan segera termasuk dalam mesyuarat pasca kabinet, supaya dapat menangani isu kekurangan pelajar dan bebanan kos.
Keldai akaun: Penglibatan pelajar IPT secara tidak sengaja, ditipu sindiket - KPN
Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pelajar IPT sebagai pemilik keldai akaun disebabkan mereka turut menjadi mangsa penipuan sehingga akaun bank mereka digunakan sindiket.
180,000 pelajar baharu terima pembiayaan PTPTN setiap tahun
Ahmad Dasuki berkata, PTPTN merupakan penyelamat dan penyumbang kewangan yang besar kepada anak bangsa dalam mencapai cita-cita.