KUALA TERENGGANU: Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu memerlukan bantuan sumber manusia seramai 2,029 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata permohonan telah dibuat pentadbiran IPK berkenaan bagi memenuhi keperluan anggota seramai 4,468 yang bakal dikerahkan pada sebelum, semasa dan selepas PRN itu nanti.
"Kita (Bukit Aman) akan selaraskan balik, termasuk minta bantuan dari kontinjen-kontinjen lain yang tidak terlibat dengan PRN untuk bantu... (bagaimanapun) kita lihat juga kepada elemen kos dan sebagainya.
"Mesyuarat akan diadakan untuk bahagikan kekuatan anggota dari Bukit Aman dan IPK lain... memandangkan PRN ini melibatkan enam kontinjen. IPK Terengganu mungkin boleh dapatkan bantuan dari IPK Pahang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat berhubung persiapan polis menghadapi PRN Terengganu di IPK Terengganu, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ayob Khan berkata setakat ini, sebanyak 59 titik panas telah dikenal pasti IPK Terengganu sepanjang PRN ini dengan daerah Marang dan Kemaman mencatatkan risiko ketegangan tertinggi.
"Dari mesyuarat tadi, kebanyakan isu yang timbul di kawasan tersebut adalah benda-benda yang pada pandangan kami adalah benda kecil. Saya percaya ia boleh dikurangkan atau dipastikan untuk tidak timbul.
"Antara isu tersebut adalah seperti merosakkan bendera, atau mengawal sesuatu kawasan bagi menghalang pihak atau parti lain memasang bendera di situ," katanya.
Katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan untuk memanggil kesemua anggota terlibat dalam kawalan keselamatan sepanjang PRN itu nanti bagi memastikan isu-isu tersebut tidak timbul sama sekali, sekali gus menjamin ketentaraman dan kelancaran proses demokrasi itu.
"Dan Alhamdulillah daripada taklimat tadi, Insya-Allah saya yakin IPK Terengganu telah buat persiapan rapi untuk menghadapi PRN nanti dan dapat beri khidmat agar tiada sebarang insiden berlaku," katanya.
Selain Terengganu, lima lagi negeri bakal terlibat PRN 12 Ogos ini ialah Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon dibuat secara berserentak di enam negeri terlibat iaitu pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan lokasi 'hotspot' pada sidang media berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

IPK Terengganu perlu tambahan lebih 2,000 anggota kawal keselamatan PRN
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu memerlukan bantuan sumber manusia seramai 2,029 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Didakwa langgar PKP, MB Terengganu tampil beri keterangan kepada polis
Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.