Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM10,000, tujuh hari lepas.
Perintah tahanan reman ke atas lelaki berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.10 malam tadi, di sebuah restoran di Taman Sentosa Villa, Kajang, dekat sini.
Menurut sumber SPRM, pegawai polis itu ditahan susulan laporan daripada seorang bapa berumur 44 tahun yang mendakwa suspek meminta wang balasan bagi mengurangkan jumlah pertuduhan ke atas anak lelakinya berumur 19 tahun.
Remaja berkenaan ditahan polis pada 3 April lepas kerana didakwa memiliki barang curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu mendakwa pegawai polis terbabit meminta wang balasan itu daripadanya pada 16 Mei lepas sebelum dia membuat laporan kepada SPRM cawangan Klang semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 23 2018
Pegawai polis itu ditahan susulan laporan daripada seorang bapa yang mendakwa suspek meminta wang balasan bagi mengurangkan jumlah pertuduhan ke atas anak lelakinya. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
AS akan pulangkan kepada India hampir 300 barang antik yang dicuri
Amerika Syarikat akan memulangkan kepada India hampir 300 karya seni yang dicuri atau dibawa keluar secara haram dari negara itu.
Pemandu lori tidak mengaku bantu pindah barang curi
Tertuduh didakwa dengan sengaja menolong memindahkan harta yang tertuduh ada sebab mempercayai sebagai harta curi iaitu penyaman udara.
Doktor hospital dituduh miliki barang curi
Seorang doktor dari hospital kerajaan didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown pada Selasa atas pertuduhan menyimpan barangan curi, April lalu.
Sarjan didakwa terima suapan RM100
Norul Ezwan Nasir, 34 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, hari ini.
Inspektor polis direman, bantu siasatan minta rasuah RM10,000
Perintah tahanan reman ke atas lelaki berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menyiasatnya.