Seorang anggota polis berpangkat Sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM100 melibatkan penyerahan alat komponen motosikal yang dirampas kerana disyaki dicuri.
Norul Ezwan Nasir, 34 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, hari ini.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 5 Oktober 2017 antara jam 4.35 petang dan 8.17 malam di Bahagian Siasatan Jenayah Balai Polis, Kuala Lumpur.
Bagi pertuduhan pertama, bapa kepada tiga anak itu didakwa atas kapasitinya sebagai seorang ejen kerajaan, telah secara rasuah meminta wang suapan berjumlah RM100 daripada Mohammad Syafiq Ahmad Sahrul.
Wang itu didakwa sebagai dorongan untuk menyerahkan semula Sportrim Yamaha LC 136 dan Inner Coverset LC 135 yang dirampas kerana disyaki merupakan barang curi.
Dia juga dituduh atas jawatan sama telah secara rasuah menerima wang suapan berjumlah RM100 dari Mohammad Syafiq sebagai dorongan menyerahkan komponen motosikal tersebut.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Namun, peguam Muhammad Razman Sahat yang mewakili Norul Ezwan memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah iaitu RM5,000, memandangkan isteri tertuduh sedang mengandung dan ketiga-tiga anaknya masih bersekolah.
Kes disebut semula 27 Februari depan.
Dania Zainuddin
Wed Jan 09 2019
![Sarjan didakwa terima suapan RM100 Sarjan didakwa terima suapan RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Tertuduh didakwa atas jawatan sama telah secara rasuah menerima suapan wang berjumlah RM100 sebagai dorongan menyerahkan komponen motosikal yang dirampas. - Gambar hiasan
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Bilik pentadbiran IPD Sepang terbakar Bilik pentadbiran IPD Sepang terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647959748_IbuPejabatPolis.jpg)
Bilik pentadbiran IPD Sepang terbakar
Tingkat satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini yang menempatkan bilik pentadbiran, dilaporkan terbakar hari ini.
![Polis lupus barang kes bernilai RM604,026 Polis lupus barang kes bernilai RM604,026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61638220377_LupusBarangKes.jpg)
Polis lupus barang kes bernilai RM604,026
Pelupusan berkenaan melibatkan 107 kes perjudian, 10 pelacuran, dan 20 kes penjualan cakera video digital (DVD).
![Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61604748948_PolisLogo.jpg)
Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari
Individu yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu, direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
![Anggota polis kehilangan ibu bapa, adik akibat COVID-19 Anggota polis kehilangan ibu bapa, adik akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621761065_AnggotaPolis.jpg)
Anggota polis kehilangan ibu bapa, adik akibat COVID-19
Ibu Siti Nurul Hawana meninggal dunia pada 4 pagi Jumaat lalu, diikuti bapanya enam jam kemudian sebelum adiknya pula dijemput Ilahi pada hari Ahad.
![Sarjan didakwa terima suapan RM100 Sarjan didakwa terima suapan RM100](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51545580172_handcuff.jpg)
Sarjan didakwa terima suapan RM100
Norul Ezwan Nasir, 34 tahun, bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan selepas dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob, hari ini.
![Lelaki amuk, ugut isteri guna parang dan bom di Kluang Lelaki amuk, ugut isteri guna parang dan bom di Kluang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41538086973_TBKLUANGUGUT.jpg)
Lelaki amuk, ugut isteri guna parang dan bom di Kluang
Usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam tetapi lelaki itu masih berdegil dan enggan menyerah diri.