MERSING: Jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem yang ditemukan selamat di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam, masih berada dalam keadaan trauma.
Ketua Polis Daerah Mersing Superitendan Cyril Edward Nuing berkata siasatan menyeluruh tidak dapat dilakukan berikutan keadaan Grodem, 35, masih lemah dan tidak stabil.
"Kita masih tidak membuat siasatan yang menyeluruh disebabkan keadaannya yang lemah dan masih dalam keadaan trauma.
"Semalam, saya dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjumpa dengannya, dia masih dalam keadaan tidak stabil untuk memberi kerjasama," katanya pada sidang media di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
Sementara itu, Cyril turut menegaskan kepada masyarakat agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi ataupun fakta tidak tepat berhubung insiden terbabit yang dikhuatiri mengganggu proses pencarian.
"Spekulasi atau fakta tidak tepat (boleh) mengganggu dalam proses pencarian kami dan juga keluarga mangsa dan kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku.
"Sekiranya dikesan ada berlaku keadaan sedemikian termasuk menyebarkan berita-berita palsu yang (dikhuatiri) mengganggu penyiasatan kami ataupun berita tidak benar, pihak polis akan mengambil tindakan," tegasnya.
BACA: Insiden penyelam hilang di Mersing: Tindakan tegas jika sebar berita palsu
Dalam kejadian tengah hari Rabu lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.
Bagaimanapun, Grodem ditemukan selamat dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi semalam.
Usaha mencari tiga lagi penyelam iaitu Alexia Alexandra Molina (18, warga Perancis); Adrian Peter Chesters (46, warga British) dan anaknya, Nathen Renze Chesters (14, warga Belanda), diteruskan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022
![Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649403222_penyelamwargaasing.jpg)
Cyril berkata, siasatan yang menyeluruh disebabkan keadaannya yang lemah dan masih dalam keadaan trauma. - fotoBERNAMA
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Penyelam hilang di Mersing: Polis siasat kes selepas mangsa selamat pulih Penyelam hilang di Mersing: Polis siasat kes selepas mangsa selamat pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649513054_TBCPOPENYELAM.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Polis siasat kes selepas mangsa selamat pulih
Polis akan memulakan siasatan berhubung kes empat penyelam warga asing yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, selepas ketiga-tiga mangsa yang ditemukan selamat, pulih.
![Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649501702_RichardWills.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Rakan lega terima panggilan Grodem
Grodem menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit salah seorang kru bot tunda yang menemuinya di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, kira-kira 30 batu nautika dari lokasi kejadian.
![Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649403222_penyelamwargaasing.jpg)
Insiden penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam yang ditemukan masih trauma
Jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem yang ditemukan selamat di perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi semalam, masih berada dalam keadaan trauma.
![Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41649307749_PenyelamhilangdiJ.jpg)
Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat
Kristine dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari tadi.