KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengarahkan Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk segera melaksanakan lima keperluan berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Tawau yang dilaporkan menjunam seketika sebelum berpatah balik ke ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, CAAM memaklumkan lima perkara itu penting bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang lebih berkesan.
Lima perkara tersebut adalah seperti berikut:
• Meningkatkan program Upset Prevention and Recovery Training (UPRT) oleh MAB untuk memberi penekanan terhadap tindakan awal dan masa yang diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu isu. Perkara ini merupakan mandat CAAM kepada semua operator pesawat komersial.
• Mengeluarkan Memo Keselamatan yang dipertingkatkan untuk mewajibkan keperluan bagi tindakan awal yang lebih baik, tindak balas dan pengukuhan pematuhan kepada senarai semak pemulihan tidak normal.
• Menyemak analisis dari pengeluar pesawat, The Boeing Company mengenai sebab dan punca kegagalan dan penyelesaian dengan tindakan pemulihan yang dipertingkatkan bagi menambah baik program penyelenggaraan.
• Membuat semakan dengan CAAM mengenai laporan kebolehpercayaan untuk memberi tumpuan kepada laporan kesalahan serupa bagi isu dalam pesawat yang direkodkan bagi semua pesawat jenis Boeing 737-800.
• Menyiapkan pemeriksaan Pitot Static yang merangkumi semua disiplin termasuk ujian pemanasan dan rintangan ke atas semua pesawat Malaysia Aviation Group (MAG) Boeing 737-800.
BACA: Penerbangan MH2664 dalam perjalanan ke Tawau patah balik ke KLIA disebabkan isu teknikal
BACA: Insiden MH2664: Penumpang mohon siasatan telus, laporan dikeluarkan
Dalam kenyataan yang sama, CAAM mengesahkan laporan awal daripada Perakam Data Penerbangan (FDR) menunjukkan insiden itu berpunca daripada isu teknikal, iaitu kerosakan pada sistem pitot-static yang menghasilkan petunjuk kelajuan tidak tepat dalam pesawat, menyebabkan pesawat menaik dan menyahaktifkan fungsi autopilot.
"Berdasarkan laporan awal yang diambil dari Flight Data Recorder (FDR) terdapat isu teknikal yang berlaku semasa penerbangan tersebut yang berpunca daripada sistem Pitot-Static yang tidak berfungsi. Ia merupakan sistem pengukur tekanan bagi menentukan kelajuan angin dan altitud.
"Kegagalan sistem tersebut berfungsi telah menyebabkan penunjuk kelajuan tidak tepat hingga mengakibatkan pesawat menaik serta menyahaktifkan fungsi autopilot.
"Bagi mengatasi isu itu, juruterbang segera bertindak untuk mengambil alih kawalan terhadap pesawat tersebut. Ini penting bagi memastikan pesawat kekal berada dalam kawalan juruterbang berdasarkan indikator tepat yang masih ada serta menggunakan instrumen yang masih berfungsi.
"Semasa proses mengambil alih kawalan pesawat, data keselamatan menunjukkan input perubahan mendadak pada pecutan dan altitud.
"Ini selari dengan laporan juruterbang serta laporan dari penumpang-penumpang dalam pesawat," kata Datuk Chester Voo, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM.
CAAM juga memaklumkan tindakan awal kru penerbangan dan pelaksanaan senarai semak pemulihan yang tidak normal mengikut prosedur operasi standard adalah mencukupi berdasarkan siasatan terhadap laporan awal dan berdasarkan FDR.
3 April lalu, pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau dilaporkan mengalami masalah teknikal dan menjunam seketika sebelum berpatah balik ke KLIA.
Madiha Abdullah
Sun Apr 10 2022
![Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609830405_CAAM.jpg)
CAAM mengesahkan laporan awal daripada Perakam Data Penerbangan (FDR) menunjukkan insiden itu berpunca daripada isu teknikal, iaitu kerosakan pada sistem pitot-static. - Gambar fail/BERNAMA
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke 63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724839164_TBPAANTHONY.jpg)
63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.
![Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710757200_HamidinMohdAmin.jpg)
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
![Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631271869_MAS.jpg)
Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan
Syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan, bagi memastikan meneruskan perkhidmatan makanan dalam penerbangan bagi laluan terpilih, mulai 1 Sept.
![Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679387191_KhazanahNasionalBe.jpg)
Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
![MAB, TH meterai perjanjian penerbangan carter haji tiga tahun MAB, TH meterai perjanjian penerbangan carter haji tiga tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653380259_TBMASTH.jpg)
MAB, TH meterai perjanjian penerbangan carter haji tiga tahun
Perkhidmatan penerbangan carter tersebut akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL by Malaysia Airlines (AMAL).
![Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609830405_CAAM.jpg)
Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara
CAAM memaklumkan lima perkara itu penting bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang lebih berkesan.
![COVID-19: Majikan dinasihat utamakan kebajikan pekerja COVID-19: Majikan dinasihat utamakan kebajikan pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436006106_MSaravanan.jpg)
COVID-19: Majikan dinasihat utamakan kebajikan pekerja
Kementerian Sumber Manusia menasihatkan majikan termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) agar mengambil beberapa tindakan yang mengutamakan kebajikan pekerja berikutan penularan virus COVID-19.
![Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/81523609642_MAS.jpg)
Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines
Kerajaan akan menetapkan sama ada menjual MAB selain mengelakkan syarikat penerbangan itu terus dibebani hutang.
![Kecilkan saiz penjawat awam: Jika ada pertindihan, mengapa tidak? - Najib Kecilkan saiz penjawat awam: Jika ada pertindihan, mengapa tidak? - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/41549088627_NajibRazak.jpg)
Kecilkan saiz penjawat awam: Jika ada pertindihan, mengapa tidak? - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan perlu ada kajian terperinci sebelum sebarang pengecilan saiz kakitangan awam dilaksanakan.
![Mana pergi pelan pemulihan Malaysia Airlines, soal Najib Mana pergi pelan pemulihan Malaysia Airlines, soal Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/61549592842_najibrazak.jpg)
Mana pergi pelan pemulihan Malaysia Airlines, soal Najib
Cadangan kerajaan sama ada untuk menjual atau menutup syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) satu langkah yang tidak tepat.