KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan Zhongshi International Sdn Bhd didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan sehingga menyebabkan kematian tiga pekerjanya di tapak pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Mac lepas.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman terhadap syarikat pembinaan itu yang diwakili Pengurus Sumber Manusianya Sim Li En, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan.
Dia membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya dengan tidak memastikan pengendalian komponen kren gantri yang selamat semasa kerja-kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerja warga China, Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) CH4200 sehingga CH7800 Jalan Alam Damai, di sini, pada 8.45 pagi, 22 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
BACA: Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden selesai - Prolintas
Terdahulu, Sim yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan syarikatnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja selain akan memastikan kesalahan tersebut tidak berulang.
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdul Rahim Sabri memohon hukuman denda maksimum terhadap syarikat tersebut.
"Kes ini merupakan kemalangan berprofil tinggi sehingga mendapat liputan media selain telah melibatkan kematian tiga nyawa.
"Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum agar menjadi pengajaran kepada OKS dan majikan lain supaya mereka dapat memastikan operasi jentera yang selamat dan mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja," katanya.
Pada 22 Mac lepas, media melaporkan tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 03 2021

Pada 22 Mac lepas, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu parah selepas satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE. - Gambar fail

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tragedi kren SUKE: Waris pekerja warga asing layak dapat manfaat Perkeso
Pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak mendapat manfaat di bawah agensi itu sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja, kata Ketua Eksekutifnya

Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Mayat terakhir dijangka dibawa turun menjelang tengah malam
Mayat seorang lelaki yang masih tersepit dalam insiden komponen kren runtuh di projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka diturunkan pada jam 9 malam ini.

Insiden kren Lebuh Raya SUKE: Satu lagi mangsa korban dipercayai masih tersepit
Seorang lagi mangsa kejadian kren terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Alam Damai, di sini disahkan masih belum berjaya dikeluarkan.

Dua maut, dua lagi parah dalam insiden kren tumbang di lebuh raya SUKE
Menurut bomba, dua mangsa jatuh dari ketinggian 120 kaki dan disahkan meninggal dunia.