BIDOR: Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh, dekat sini pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dalam satu kenyataan berkata, terdapat tujuh mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
Ia merangkumi seorang wanita yang disahkan maut sementara dua wanita dan seorang kanak-kanak anggaran usia 12 tahun, masing-masing selamat.
Manakala tiga lagi kanak-kanak masih hilang.
Jelasnya, wanita yang maut ditemui anggaran jarak satu kilometer dari lokasi tempat mereka berkelah.
Mangsa dijumpai oleh penduduk kampung sebelum jambatan di sungai tersebut.
Sayani berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.03 petang.
Sehingga kini katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor masih melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Operasi dilaksanakan secara surface searching dan menurutnya keadaan arus sungai masih deras.
Jelasnya, kekuatan anggota merangkumi 15 bomba, 22 polis dan 15 penduduk kampung.
Aida Aziz
Wed Feb 07 2024
Wanita yang maut ditemui anggaran jarak satu kilometer dari lokasi tempat mereka berkelah. - Foto JBPM
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
AWANI Ringkas: Isu 'Ham': Polis rakam keterangan Harith Iskander
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Insiden kepala air: Mangsa cerita 'talian hayat' guna tali pancing, batu ladung
Mangsa yang terperangkap di Risda Eco Park susulan fenomena kepala air di Kampung Sungai Bil, Slim Village hanya ingat hidup atau mati.
Insiden kepala air Ulu Slim: 21 mangsa terperangkap di Eko Park Risda berjaya diselamatkan
Kesemua mereka terdiri daripada 18 pengunjung, dua orang awam tempatan dan seorang kakitangan Eko Park.
Insiden kepala air Ulu Slim: Lebih 10,000 pengguna terputus bekalan air di Muallim
Gangguan bekalan air berlaku kerana paip besar yang menjadi saluran utama dari muka sauk loji rawatan air pecah akibat jambatan runtuh.
Insiden kepala air Ulu Slim: Jambatan Bailey dipertimbang untuk dibina
Pembinaan Jambatan Bailey itu dijangka mengambil masa selama lima hari untuk disiapkan.
Insiden kepala air: Wanita maut, 3 kanak-kanak dikhuatiri hilang di Bidor
Seorang wanita maut manakala tiga lagi kanak-kanak dikhuatiri hilang dalam insiden kepala air ketika mereka berkelah di Sungai Kampung Poh.