Insiden membabitkan 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang, Johor, yang mengalami kesukaran bernafas dan muntah-muntah, kemungkinan disebabkan gas beracun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
BACA: 15 pelajar di Pasir Gudang alami simptom muntah-muntah, sesak nafas
Bercakap pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Kesihatan menyedari kejadian itu dan akan memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah 'segala-galanya dalam kawalan'.
"Simptom itu kelihatan seperti kemungkinan gas beracun atau gas organik yang mudah meruap sama seperti insiden di Sungai Kim Kim," katanya dan menambah kementerian itu telah berhubung dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Johor Dr Selahudden Abd Aziz berhubung perkara itu.
Ditanya jika ada pengumuman tentang penutupan sekolah, Dr Dzulkefly berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan.
"Saya akan melihat maklumat...jenis ketoksikan...tahap pendedahan dan ketoksikan yang perlu dipertimbangkan.
"Apa yang penting Jabatan Kesihatan negeri Johor bekerja dengan sangat tekun. Mereka telah dimaklumkan dan mereka kini berada di lapangan untuk menangani perkara ini," katanya.
Pada Mac, pencemaran toksik di Sungai Kim Kim menyebabkan lebih 4,000 orang jatuh sakit dan menyebabkan penutupan 111 sekolah di daerah Pasir Gudang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2019
Ditanya jika ada pengumuman tentang penutupan sekolah, Dr Dzulkefly berkata adalah terlalu awal untuk membuat keputusan. - foto BERNAMA
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
KKM kenal pasti tiga produk kosmetik mempunyai racun berjadual
Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.
Insiden di Pasir Gudang mungkin disebabkan terhidu gas beracun - Dr Dzulkefly
Kementerian Kesihatan menyedari kejadian itu dan akan memantau keadaan dengan teliti, sambil menambah 'segala-galanya dalam kawalan'.
'7 produk kosmetik didapati mengandungi racun' - KKM
Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.
Kes laksa 'beracun' tiada kaitan isu Azeez Rahim
Isu berkenaan tidak kuat untuk mengalih isu besar yang melibatkan penahanan Abdul Azeez dan soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah.
10 kes baharu keracunan alkohol dilapor - KP Kesihatan
Sebanyak 10 kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tujuh kes baharu keracunan arak dilapor - KP Kesihatan
Sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak sehingga tengah hari tadi.
Penjual arak murah beracun di Sabah berdepan hukuman berat
Individu yang didapati menjual arak yang mengandungi bahan terlarang di negeri ini, akan dikenakan tindakan undang-undang dan dipenjara mengikut Akta Perihal Dagangan 2011.
Suspek buat arak beracun sembunyi di kediaman mewah tengah ladang kelapa sawit
Samsudin Simbolon ditahan awal pagi semalam ketika bersembunyi di sebuah ladang sawit selepas rumah mewah miliknya yang dijadikan kilang membuat arak buatan sendiri.
'Kopi durian' beracun: Dua lelaki dilaporkan stabil
Kedua-duanya yang mendapatkan rawatan di Bahagian Kecemasan HPP pada Selasa, kerana mengalami simptom seperti letih dan sangat lemah, dilaporkan tidak mengalami sebarang komplikasi berat.
Tiga sekeluarga ditemui mati di Sibu, dipercayai terhidu gas memasak
Tiga sekeluarga ditemui mati di rumah mereka di kawasan Perumahan Estate Pulau Li Hua di sini hari ini, dipercayai akibat terhidu gas memasak.