Sebanyak tujuh kes baharu keracunan alkohol dilaporkan di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, masing-masing enam di Kuala Lumpur dan satu di Perak sehingga tengah hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept.
"Jumlah kematian adalah sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di Selangor, sembilan kes di Kuala Lumpur dan dua kes di negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata dalam pada itu, 29 kes kematian dicatatkan melibatkan keracunan metanol membabitkan warga Myanmar (12), Malaysia (9), Nepal (6), Bangladesh dan tidak diketahui status kewarganegaraan (masing-masing satu).
Pada masa yang sama, katanya, 47 kes keracunan metanol yang tidak melibatkan kematian dicatatkan membabitkan warga Nepal (21), Myanmar (10), Bangladesh (lapan), Malaysia (tujuh) dan Indonesia (satu).
Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara.
"Setakat ini, sebanyak 262 premis yang menjual arak telah diperiksa dengan 780 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah disita," katanya.
Beliau berkata Seksyen 13 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol perlu segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.
Bernama
Fri Sep 21 2018

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini ,sebanyak 76 kes melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Perak direkodkan sejak 15 Sept. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

Penjualan arak: Bantahan wakil rakyat Pas adalah wajar - Gerakan
Gerakan telah mendapat penjelasan yang adil daripada Muhammad Fawwaz berhubung tindakannya membantah promosi tersebut.

Majlis Islam Selatan Thailand bantah RUU berkaitan ganja, arak dan perkongsian sivil
Ahli Parlimen Yala menegaskan, pengecualian perlu dibuat bagi orang Islam Thailand sekiranya RUU itu diluluskan.

Serbuan kilang haram, PGA rampas arak bernilai RM1.2 juta
Sebanyak 603 liter cecair arak termasuk arak tiruan dianggarkan bernilai RM1.2 juta dirampas Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menerusi tiga serbuan berbeza di sekitar Muar.

Pas tetap tidak setuju nama arak Timah - Idris
Pas tetap menolak penggunaan nama Timah terhadap arak jenama tempatan walaupun kerajaan membuat keputusan membenarkan penggunaan nama tersebut.

Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Syarikat pengeluar minuman beralkohol tempatan jenama 'Timah' mempertimbangkan untuk menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Isu arak: 'Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, bangsa' - Kadir Jasin
Bekas Ahli MPT Bersatu itu mengulas mengenai kontroversi pengeluaran arak jenama tempatan 'Timah'.

Isu arak 'Timah': Idris setuju dengan gesaan Mufti Pulau Pinang
Idris berkata perkara sebegitu yang bersifat provokasi, selain penggunaan nama yang boleh menimbulkan kekeliruan terhadap masyarakat dan agama tidak sepatutnya berlaku di negara ini.

Arak jenama Timah bukan hasil produk kerajaan - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk Shaary berkata adalah tidak wajar mengaitkan perkara tersebut dengan kerajaan.

Kilang, premis khusus jual arak tetap dilarang beroperasi ketika 'total lockdown' - KPDNHEP
Hanya kilang arak dan premis yang khusus menjual arak tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Penuh.