Ketika rusuhan berhubung Kuil Sri Maha Mariamman November lalu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang berada di lokasi kejadian cuba menghubungi jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) yang berdekatan, tetapi gagal.
Menurut Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, BBP Subang Jaya, Badrul Hisyam Salim@Ali, dia yang ketika itu berada dalam jentera FRT cuba menghubungi jentera EMRS menggunakan Government Radio Network (GIRN) namun gagal ekoran "blind spot" yang dihadapi alat komunikasi itu ketika dihampiri sekumpulan perusuh.
"Sampai ke lokasi (rusuhan), saya lapor kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) tetapi pada masa sama GIRN mengalami blind spot. Pada masa sama juga, sekumpulan orang awam datang ke jentera dan mengatakan jangan padam (api), (suruh) bomba balik.
"Semasa mereka kata jangan padam, mereka sedang berjalan ke arah jentera (FRT), saya dapat melihat mereka dalam keadaan mencurigakan. Sebilangan daripada mereka menghampiri kami dengan tangan disorok di belakang," jelas saksi kelima dalam Prosiding Inkues Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.
BACA: 'Saya tidak nampak Adib ditarik' - Saksi kelima
Beliau berkata demikian dalam keterangannya ketika ditanya Pegawai Penyelia, Hamdan Hamzah, serta peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohd Kamaruzaman Wahab, di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.
Badrul Hisyam, 39 tahun, mendakwa ekoran situasi tegang itu, beliau memberi arahan kepada tujuh anggota yang berada di dalam jentera FRT itu supaya tidak turun kerana keadaan merbahayakan.
Namun, menurutnya, dua anggota iaitu Pegawai Bomba (PB) Azim (Mohd Hazim Mohd Rahimi) dan PB Anuar dipercayai telah turun dari jentera sejurus tiba di lokasi kejadian iaitu kira kira 20-30 meter dari kumpulan perusuh terbabit.
Bagaimanapun, katanya, PB Anuar berjaya naik semula ke dalam jentera FRT tetapi PB Azim tidak kelihatan.
BACA: Inkues Adib: 'Dia kena bantai'... Saksi awam imbas kembali insiden
"Masa itulah berlaku balingan objek-objek keras pada jentera. Saya dapat melihat batu, kayu dibaling pada jentera dan pada masa itu, PB Md Elliza (pemandu FRT, Md Elliza Mohd Noor) bertindak mengundurkan jentera kerana disebabkan ancaman balingan objek-objek keras itu. Masa itu saya dimaklumkan oleh anggota mengatakan PB Azim tidak ada bersama.
"Ketika itu, saya memang rasa terancam campur takut kerana kaca di sebelah kiri pemandu memang pecah seribu. Saya berpaling ke belakang dan tidak melihat ke depan sebab takut serpihan kaca itu mendatangkan kecederaan pada saya... di samping saya memegang pintu di sebelah kiri kerana bunyi ketukan amat kuat dan menakutkan," ujar Badrul Hisyam.
BACA: Sebelah tangan kawal stereng, sebelah lagi kawal pintu - Saksi ketiga
Menurutnya, ketika jentera FRT mengundur, dia dapat rasa pelanggaran dipercayai dengan jentera EMRS.
"Ada impak, tetapi tidak kuat... mungkin sebab jentera itu saiz besar dan berat hampir 21 tan. Lepas itu, saya tidak rasa apa-apa, cuma saya sedar bumbung jentera EMRS berada di sebelah kiri jentera FRT ketika itu," katanya.
BACA: Kronologi insiden Kuil Sri Maha Mariamman
Setelah beredar dari lokasi kejadian, Badrul Hisyam berkata dia bersama kesemua anggota ke Balai Polis USJ 18 untuk membuat laporan, tetapi ekoran sistem tergendala di sana, mereka terpaksa ke Balai Polis SS17 Subang Jaya untuk tujuan itu.
Katanya, ketika itu, dia dan beberapa anggota lain cuba menghubungi PB Adib namun panggilan tidak dijawab.
Akhirnya, panggilan salah seorang anggota bomba pada telefon bimbit PB Adib dijawab oleh orang awam mengatakan PB Adib dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).
Fareez Azman
Wed Feb 13 2019
Badrul Hisyam di Mahkamah Koroner, Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. - BERNAMA
Fokus Minggu Depan: 2 Tahun Kerajaan Perpaduan, Perlu Tambah Baik ‘Gred’?
Penilaian prestasi dua tahun Kerajaan Perpaduan, bagaimana boleh tambah baik?
RM2.1 juta kutipan saman PDRM dicatat pada hari pertama 2TM
PDRM catat kutipan saman RM2.1 juta pada hari pertama penawaran diskaun 60 peratus sempena penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI.
Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Datuk M Nasir menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang diterima daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu penghormatan tertinggi.
2TM: Kerajaan negeri, persekutuan sentiasa berunding cari titik persefahaman - Fadillah
Kerajaan Persekutuan sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi mencari titik persefahaman mengenai pelbagai isu berbangkit.
Dulu Malaysia terkenal dengan rasuah' - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesungguhan Kerajaan Madani membersihkan negara dari jijiknya amalan rasuah yang sudah hampir menjadi sistemik di negara ini.
Kain kafan arwah ibu masih utuh walaupun sudah 12 tahun dikebumi
Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, terpaksa dikebumikan semula.
Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AWANI Ringkas: Malaysia terus aman | Pembunuh bertaraf dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa cakap gaji Jojo RM1 juta? - Jojo Ghazali
Jojo berkata dia kini sudah menandatangani perjanjian dan bakal mengharungi sebuah lagi pertarungan yang akan menarik minat penyokong sukan itu.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
'Saya tidak nampak Adib ditarik' - Saksi kelima
Saksi kelima Prosiding Inkues Muhammad Adib Mohd Kassim, Badrul Hisyam Salim menjelaskan beliau tidak nampak Allahyarham Adib ditarik keluar dari jentera EMRS ketika mereka diserang oleh orang awam.
Inkues Adib: Kami cuba hubungi EMRS ketika diserang tetapi gagal - Saksi kelima
Menurut Badrul Hisyam Salim@Ali, komunikasi gagal akibat 'blind spot' yang dihadapi alat Government Radio Network (GIRN) yang digunakan.