SHAH ALAM: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pelaksana inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) memenangi anugerah emas untuk Kelestarian dalam Kerajaan pada majlis anugerah alam sekitar berprestij, Green World Awards 2023.
Dalam satu kenyataan hari ini, LLSB berkata ia bersaing dengan lebih 500 pencalonan lain dari seluruh dunia dalam edisi anugerah tahun ini, atas usaha penambahbaikan Sungai Klang untuk menjadikannya berdaya maju bagi peluang ekonomi baharu dan untuk kesejahteraan sosial masyarakat sekitar sungai.
Menurut syarikat itu, hasil daripada kejayaan anugerah tersebut, LLSB telah dipelawa menyertai pergerakan Duta Green World dan kertas kemenangan mereka diterbitkan dalam The Green Book, rujukan antarabangsa terkemuka mengenai amalan terbaik alam sekitar.
Norita Mohd Sidek, Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Diperbadankan), syarikat pemegangan LLSB, menerima trofi dan sijil penghargaan anugerah itu bersama-sama Pengarah Perkhidmatan Korporat LLSB Nini Shazrina Ahmad Shamli pada majlis yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat pada 24 April.
Anugerah itu disampaikan oleh pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Green Organisation, Roger Wolens.
Ini adalah anugerah antarabangsa kedua yang dimenangi oleh LLSB untuk projek SMG. Syarikat itu sebelum ini memperoleh perak untuk Inisiatif Kelestarian Kerajaan Terbaik di Anugerah Kelestarian Teluk 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023

Hasil daripada kejayaan anugerah tersebut, LLSB telah dipelawa menyertai pergerakan Duta Green World dan kertas kemenangan mereka diterbitkan dalam The Green Book. - Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sungai Klang Link, MTD Construction meterai MoU projek lebuh raya bertingkat baharu
Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat.

PRN: Amirudin nafi salah laku kontrak bersih Sungai Klang, tidak terima elaun
Datuk Seri Amirudin Shari menyangkal dakwaan beliau menerima elaun daripada syarikat yang diberi kontrak membersihkan Sungai Klang.

Kualiti air Sungai Klang bertambah baik, jumlah sampah dikeluarkan catat penurunan
Kualiti air Sungai Klang yang sebelum ini di kelas empat dan lima, kini mencapai kelas tiga serta mencecah kelas pertama pada musim hujan.

Inisiatif Selangor pulih Sungai Klang raih emas Green World Environment Awards 2023
LLSB berkata ia bersaing dengan lebih 500 pencalonan lain dari seluruh dunia dalam edisi anugerah tahun ini.

Air keruh: Projek EKVE masih dalam arahan berhenti kerja
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor berkata arahan itu susulan pelanggaran syarat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Sungai Klang bakal jadi sumber bekalan air rakyat Selangor
Sungai Klang disasarkan untuk menjadi antara sumber bekalan air bagi kegunaan rakyat Selangor pada masa hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Suspek kes bunuh Siti Soffea ada empat rekod jenayah lampau - Polis
Pihak polis akan menghubungi waris si mati yang berada di Sg Petani dan Kulim Kedah, untuk membuat pengecaman ke atas mayat.

Mayat bayi bertali pusat, kepala pecah ditemui di Sungai Klang
Mayat seorang bayi lelaki yang bertali pusat dengan keadaan kepalanya pecah ditemui di Sungai Klang berdekatan kawasan Pengkalan Sungai Udang di sini hari ini.