KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ramai yang masih bertanya dan keliru akan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bagi individu yang kembali dari Sabah.
Beliau menyatakan setiap individu yang tiba dari Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 27 September lepas.
"Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di pintu masuk (Domestik dan Antarabangsa)
"Kemudian menjalani ujian saringan COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh," katanya di laman media sosial Facebook.
Jelasnya Ahli Parlimen Bera itu lagi, kesemua individu ini akan diberi surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan dipakaikan gelang tangan.
"Tarikh HSO adalah tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperoleh.
"Sekiranya keputusan ujian saringan negatif, pelepasan daripada HSO akan diberikan serta perlu ke klinik kesihatan untuk memotong gelang kuarantin tanpa perlu menunggu tempoh 14 hari," jelasnya.
Namun beliau berkata perlu diingatkan, sekiranya individu itu merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, walaupun keputusan ujian saringan negatif, maka dia wajib menjalani kuarantin selama 14 hari dan melakukan ujian saringan ulangan.
Dalam masa yang sama, sekiranya mengalami gejala, individu itu perlu menjalani ujian saringan ulangan dalam tempoh 14 hari dan kuarantinkan diri.
Tambahnya, ujian saringan dibuat kepada individu pulang dari Sabah kerana peningkatan kes dan untuk mengenal pasti status kesihatan.
"Seluruh Sabah tidak berada dalam zon merah hanya empat daerah sahaja iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna sehingga 12 Oktober.
"Sabah seperti negeri lain, Kedah sebelum ini catat peningkatan kes namun tidak dikuarantin mereka yang datang dari negeri itu," ujarnya.
Astro Awani
Wed Sep 30 2020
![Ini perkara yang perlu anda tahu jika kembali dari Sabah Ini perkara yang perlu anda tahu jika kembali dari Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81601443800_DonMueang.jpg)
Individu yang baru pulang dari Sabah perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum menjalani HSO, dan jika negatif tidak perlu lagi menjalani HSO. Gambar Hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0 JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723220405_TBLIGASUPER.jpg)
JDT berpesta gol, benam Kedah 6-0
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol dengan membelasah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 6-0 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam ini.
![Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722843615_keslemaskedah.jpg)
Lelaki terjun sungai elak ditahan polis ditemui lemas
Mayat seorang lelaki yang dipercayai terjun ke dalam Sungai Padang Terap, selepas panik dengan kehadiran polis yang melakukan serbuan dadah di kawasan itu, ditemukan lemas pada Isnin.
![Penyusutan air tiga empangan Kedah: Sanusi serah pada Allah turunkan hujan Penyusutan air tiga empangan Kedah: Sanusi serah pada Allah turunkan hujan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61722754084_Sanusi.jpg)
Penyusutan air tiga empangan Kedah: Sanusi serah pada Allah turunkan hujan
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan kepada Allah untuk menurunkan hujan, bagi memulihkan paras air di tiga empangan di negeri Kedah.
![DOSM yakin selesaikan Banci Pertanian 2024 Oktober ini DOSM yakin selesaikan Banci Pertanian 2024 Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722597153_DrMohdUzirMahidin.jpg)
DOSM yakin selesaikan Banci Pertanian 2024 Oktober ini
Pada masa ini, pelaksanaan bancian yang dimulakan pada 7 Julai lepas telah mencapai tahap 30 peratus.
![Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711637369_PembenihanAwan.jpg)
Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid
Kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.
![3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman 3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721728318_tbsuarJDT.jpg)
3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman
Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda RM100 setiap seorang terhadap tiga penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana membakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman.
![Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721407592_NazmiFaizMansor.jpg)
Piala FA: Jaringan saat akhir Morales tewaskan Kedah
Jaringan pemain gantian Romel Morales pada saat akhir memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai kelebihan tipis selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-1.
![Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719392117_arca.jpg)
Arca Buddha di Bukit Choras, Kedah lebih tua dari Angkor Wat
Arca Buddha berbentuk manusia dari abad kelapan hingga kesembilan di kawasan Tapak Warisan Arkeologi Bukit Choras, Yan, lebih tua berbanding Angkor Wat di Kemboja dan Borobudur di Indonesia.
![105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah 105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718972015_TBKENCINGTIKUS.jpg)
105 kes jangkitan kencing tikus dicatat di Kedah
Sebanyak 105 kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis telah dicatatkan di Kedah dari 1 Jan hingga 8 Jun lepas dengan satu kematian direkodkan.
![Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir kilat di Perak dan Kedah, 615 mangsa masih berlindung di PPS
Keseluruhan mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu adalah sebanyak 615 orang setakat petang ini.