Siapa sangka 54 tahun lalu, anak jati Sarawak ini langsung tidak mempunyai impian dalam hidupnya, apatah lagi mahu bergelar jururawat.
Dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan mempunyai 10 adik-beradik, Emmalice Jaboh terpaksa membuat keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
Namun, tidak siapa boleh menolak rezeki yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan ternyata segala kerja keras dan keikhlasan Emmalice akhirnya terbayar apabila beliau dinobatkan sebagai Tokoh Jururawat 2019 (Perkhidmatan) sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2019, pada Ahad.
“Secara jujur, saya menjadi jururawat secara tidak sengaja. Ketika itu saya tidak mempunyai impian kerana saya masih muda, berusia 17 tahun lebih. Ketika itu juga saya mempunyai 10 orang adik beradik, dan kamu bayangkan. Saya berhenti sekolah pada usia 17 tahun.
“Kemudian pengetua sekolah saya bertanya kepada saya sama ada saya mahu menjadi guru? Saya katakan saya tidak mahu menjadi seorang guru kerana saya mempunyai kecenderungan untuk memilih (bersikap tidak adil). Kanak-kanak bijak saya suka, dan yang kurang pandai saya tidak suka,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, hari ini.
Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, bermula daripada hari itu, beliau mula menanam azam untuk menjadikan kerjaya jururawat sebagai sebahagian hidupnya.
Lumrah dalam perjalanan kerjaya, semuanya tidak manis dan itu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Emmalice.
Bercerita lebih lanjut, beliau berkata, bertugas ketika zaman penjajahan komunis menjadi pengalaman yang paling mencabar buatnya sepanjang bergelar jururawat.
“Ini sekitar tahun 60-an, pada masa itu komunis sedang berperang, zaman komunis, dan banjir sedang berlaku (tetapi) kami perlu pergi kerja dengan memandu kereta. (Kami juga perlu mendapatkan) pas khas daripada tentera, dan masa itu apabila saya memikirkannya, (saya hanya) berserah kepada Tuhan. Oleh kerana saya ke sana (tempat kerja) dengan tujuan dan tiada apa-apa yang berlaku.
“Saya masih ingat, ada tiga pegawai kerajaan yang meninggal dunia ketika zaman komunis. Mereka ditembak dan masa itu mereka membawa keputusan pilihan raya,” katanya.
Emmalice memulakan tugas sebagai jururawat pada tahun 1967 selepas menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan di Mount Vernon Hospital dan Sijil Perbidanan di Edinburgh Royal Maternity dan Simpson Memorial Pavilion, United Kingdom.
Pada Februari 1967 hingga September 1972, beliau berkhidmat di beberapa hospital di Sarawak termasuk di Sri Aman, Miri, Sarikei dan Sibu.
Pada tahun 1973, Emmalice menerima tawaran biasisiwa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pentadbiran Kejururawatan (Hospital) di Royal College of Nursing, Edinburgh, United Kingdom.
Selepas itu beliau kembali sekali lagi ke Sarawak dan bertugas di Hospital Sibu sebagai penyelia jururawat (Gred 2).
Kemudian pada 4 Jun 1976, Emmalice dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak dan memikul tugas sebagai ketua penyelia jururawat.
Emmalice dinobatkan anugerah “Pingat Perkhidmatan Terpuji” pada tahun 1978. Sepuluh tahun kemudian, beliau berpindah ke hospital swasta di Sarawak dan memegang jawatan sebagai Pengarah Jururawat.
Di peringkat antarabangsa, Emmalice pernah mewakili Sarawak bagi menghadiri Kongress Empat Tahun Sekali ICN pada Jun 1981 di Los Angeles.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Jururawat Sarawak dan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan kebajikan persatuan tersebut.
Selain, Emmalice, turut menerima anugerah Tokoh Jururawat 2019 (Pendidikan) adalah anak kelahiran Perak, Boey Wee Kam.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr War Azizah Wan Ismail.
Turut sama hadir adalah Menteri Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.
Hasimi Muhamad
Sun May 12 2019

54 tahun lalu, siapa sangka anak jati Sarawak ini langsung tidak mempunyai impian dalam hidupnya, apatah lagi mahu bergelar jururawat. Gambar Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Ini kisah anak jati Sarawak, Tokoh Jururawat 2019
54 tahun lalu, siapa sangka anak jati Sarawak ini langsung tidak mempunyai impian dalam hidupnya, apatah lagi mahu bergelar jururawat.

Anak jati dipelawa sertai pertandingan kemerdekaan Sarawak
Anak Sarawak dipelawa menyertai pertandingan mencipta tema, logo dan lagu sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan Sarawak dan penubuhan Malaysia