"RAMADAN tiba, Ramadan tiba…
Marhaban yaa Ramadan, marhaban yaa Ramadan…"
Setiap kali Ramadan, lagu dendangan Opick itu pasti berkumandang di corong radio, televisyen juga, lantas menggamit jiwa dalam meraikan kedatangan bulan mulia.
Sepanjang bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa, tidak makan atau minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Cabarannya pasti ada, namun rahmatnya yang lebih menjadi dambaan, maka itulah ibadah yang dilakukan menjadi tumpuan utama sepanjang Ramadan.
Bercerita tentang cabaran ketika berpuasa, selain menahan lapar, usaha untuk memastikan badan kekal terhidrat sering dibincangkan secara meluas.
Artikel kali ini - memetik portal perubatan, Hello Doktor menyenaraikan lima tip untuk anda kekal hidrasi sepanjang 14 jam berpuasa.
1. Minum air secukupnya
Pastikan anda minum air secukupnya pada waktu malam, hari sebelum anda berpuasa keesokannya.
Kalau boleh, pastikan air botol tersedia di sisi anda dan cuba untuk minum sekurang-kurangnya satu atau dua gelas air setiap sejam.
Ketika bersahur pula, elakkan mengambil minuman bergula dan berkafein kerana ia akan menyebabkan anda berasa dahaga pada waktu siangnya.
2. Mandi
Selepas beberapa hari berpuasa, biasanya badan sudah boleh membiasakan diri dengan rasa dahaga pada waktu siang.
Begitupun, anda mungkin alami gejala lain seperti keletihan, peningkatan suhu badan, peningkatan kadar denyutan dan pernafasan serta pening kepala.
Kalau ada salah satu simptom itu, apa kata anda cuba untuk mandi dengan air sejuk (bukan air sejuk bercampur ais).
Selain itu, cuba untuk biarkan diri anda di bawah pancuran air selama lima hingga 10 minit namun jika sedang bekerja, anda boleh basahkan tuala kecil dan sapukan tuala itu pada bahagian dahi, sekitar telinga dan leher, bahagian belakang badan dan dada.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
3. Pakai pakaian bersesuaian
Pakaian memainkan peranan penting apatah lagi sekiranya berpuasa pada cuaca panas.
Antara tipnya seperti dikongsikan Hello Doktor adalah memakai pakaian bersesuain dari aspek warna, fabrik dan lapisan pakaian yang dipakai.
Jika anda bekerja dalam bangunan, pilih warna yang terang dan jika kebanyakan waktu kerja anda berada di luar, anda boleh memilih warna yang gelap untuk melindungi diri daripada kesan matahari.
Begitupun, warna merah tidak digalakkan kerana cenderung menarik haba dan membuatkan ia terperangkap pada badan anda.
4. Amalkan senaman
Senaman sangat baik untuk membantu badan mengeluarkan toksin dan elemen lain yang boleh menyebabkan hidrasi.
Namun masa senaman itu sangat penting. Jika sebelum ini anda biasa bersenam pada waktu pagi namun ketika berpuasa, amalan itu harus ditukar.
Waktu terbaik adalah selepas dua atau tiga jam berbuka puasa tapi boleh juga cuba bersenam dalam satu jam atau 45 minit sebelum berbuka puasa - pembakaran lemak lebih jitu pada waktu itu.
Begitupun, pastikan anda mengimbangi kembali air yang telah keluar dari badan sewaktu bersenam dengan minum banyak air sebelum tidur.
5. Berbuka dengan makanan sihat
Tatkala berbuka, pasti kita mengidam untuk makan pelbagai jenis makanan namun seeloknya, pilihlah makanan yang tidak mengandungi terlalu banyak gula kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi.
Makanlah buah-buahan kerana ia adalah pilihan yang baik untuk membekalkan lebih banyak air. Makanan pedas dan masin juga sebenarnya meningkatkan keperluan air dalam badan.
Sekiranya ambil makanan seperti itu, ambillah dalam kuantiti terkawal untuk membantu anda kekal hidrat ketika berpuasa.
Astro Awani
Mon Apr 04 2022

Teh tarik dengan buih seperti ini selalunya membangkitkan selera namun anda perlu elakkan kerana minuman berkafein, bergula dan bersusu seperti ini membuatkan anda dehidrasi pada waktu puasa. - Gambar Hiasan
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
[TERKINI] Polis cari perakam video Ismanira pimpin tangan Zayn Rayyan
Polis sedang mengesan individu yang merakam detik ibu Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin berjalan sambil memimpin tangan dua anaknya sebelum video itu dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini.

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Cuaca panas diramal tidak seteruk tahun lepas - Nik Nazmi
Pada masa ini, negara berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini.

Pastikan tubuh kekal terhidrat elak strok haba - Pakar
Masyarakat perlu memastikan tubuh kekal terhidrat bagi mengelakkan risiko dehidrasi dan strok haba.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.