KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan perlahan inflasi pada 2023 itu adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
"Walaupun komoditi tenaga menunjukkan penyusutan pada 2023 (-29.9 peratus) berbanding 2022 (60.0 peratus), tahap harga komoditi ini masih lagi tinggi berbanding harga sebelum pandemik.
"Kenaikan kos bahan api dan kerbergantungan kepada gas asli cecair (LNG) yang diimport telah mendorong kerajaan untuk membuat pelarasan tarif elektrik di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) bagi pengguna di Semenanjung Malaysia untuk tempoh 1 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023," katanya.
Mohd Uzir berkata inflasi bagi kumpulan utama pada 2023 menunjukkan peningkatan kecuali Komunikasi (-3.0 peratus) dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh restoran dan hotel sebanyak 5.6 peratus.
Ini diikuti oleh kumpulan makanan dan minuman (4.8 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.4 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (2.3 peratus); kesihatan (2.2 peratus); pendidikan (1.9 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.7 peratus); perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.5 peratus); pengangkutan (1.1 peratus); minuman alkohol dan tembakau (0.6 peratus) dan pakaian dan kasut (0.3 peratus)
Beliau berkata kumpulan makanan dan minuman yang merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan isi rumah di Malaysia dengan sumbangan 29.5 peratus daripada wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) telah mula mereda kepada 4.8 peratus berbanding 5.8 peratus pada tahun sebelumnya.
Peningkatan perlahan bagi kumpulan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh komponen makanan di rumah yang meningkat kepada 3.5 peratus berbanding 5.3 peratus yang dicatatkan pada 2022.
Sementara itu, makanan di luar rumah meningkat 6.7 peratus pada 2023 berbanding tahun 6.6 peratus pada 2022.
Mengulas mengenai inflasi di peringkat negeri, Mohd Uzir berkata kesemua negeri menunjukkan peningkatan inflasi yang perlahan di mana lima negeri melepasi paras inflasi nasional 2.5 peratus pada 2023.
Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (3.4 peratus), diikuti Sarawak (3.1 peratus), Selangor (2.9 peratus), Perak (2.8 peratus) dan Pahang (2.6 peratus).
Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan inflasi terendah pada 1.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Mohd Uzir berkata, peningkatan perlahan inflasi pada 2023 itu adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih. - Gambar fail/Astro AWANI
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.

Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.

Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).

Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.

Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.

IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.