KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan ini terutamanya didorong oleh makanan dan minuman (5.8 peratus), restoran dan hotel (5.0 peratus), pengangkutan (4.7 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5 peratus).
"Peningkatan inflasi 2022 juga seiring dengan kenaikan harga majoriti komoditi, pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding mata wang utama dan ketegangan geopolitik antara Rusia dan Ukraine.
"Kenaikan ketara direkodkan oleh semua subkumpulan makanan dan minuman dan mencatatkan kenaikan antara 2.9 peratus hingga 8.6 peratus.
"Selain itu, kejadian seperti banjir dan tanah runtuh juga telah menyebabkan gangguan dalam bekalan produk pertanian, menyebabkan kekurangan bekalan makanan dan kenaikan harga," katanya dalam satu kenyataan selepas penerbitan laporan Analisis Indeks Harga Pengguna Tahunan (IHP), hari ini.
Menurut Mohd Uzir, pembukaan semula sektor pelancongan pada April 2022 kepada pelancong antarabangsa memberi kesan kepada inflasi restoran dan hotel yang mencatatkan peningkatan lima peratus pada 2022 berbanding 0.4 peratus yang dicatatkan pada 2021, manakala inflasi tertinggi pada 2022 dicatatkan pada Ogos 2022 pada 4.7 peratus.
"Ini (kadar inflasi tertinggi pada Ogos) adalah disebabkan oleh kesan asas yang lebih rendah pada 2021 berikutan diskaun bil elektrik yang diberikan kepada pengguna domestik di bawah Pakej Kesejahteraan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi Negara (PEMULIH) dari Julai hingga September 2021," katanya.
Selain itu, Mohd Uzir berkata inflasi pada 2022 turut disumbangkan oleh perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.3 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.0 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas dan Bahan Api lain (1.8 peratus).
"Walaupun terdapat peningkatan dalam majoriti item dalam bakul IHP, terdapat 17.0 peratus item yang mencatatkan penurunan dan kekal tidak berubah dan secara tidak langsung meredakan inflasi.
"Antara barangan yang menunjukkan penurunan harga adalah halia (-15.7 peratus), rambutan (-3.9 peratus) dan tali pinggang (-3.6 peratus), manakala tambang Light Rapid Transit (LRT), caj pembetungan dan majalah kekal tidak berubah," katanya.
Mohd Uzir menjelaskan inflasi bagi pengangkutan menunjukkan peningkatan yang lebih perlahan iaitu 4.7 peratus pada 2022 berbanding 2021 (11.0 peratus), yang disumbangkan oleh subkumpulan pengurusan alat pengangkutan persendirian yang menyederhana kepada 5.8 peratus berbanding 14.1 peratus pada 2021.
"Ini adalah disebabkan oleh tamatnya kesan asas rendah berikutan penetapan harga siling petrol tanpa plumbum RON95 kepada RM2.05 seliter pada Mac 2021. Purata harga petrol tanpa plumbum RON95 pada 2022 meningkat sebanyak 1.1 peratus (RM2.05) tahun ke tahun berbanding 21.2 peratus (RM2.03) pada 2021.
"Namun begitu, purata harga petrol tanpa plumbum RON97 meningkat ketara kepada RM3.97 seliter berbanding RM2.65 pada 2021," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata inflasi tanpa bahan api meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali petrol tanpa plumbum RON95, petrol tanpa plumbum RON97 dan diesel, telah meningkat sebanyak 3.2 peratus pada 2022 berbanding 1.2 peratus pada 2021.
"Inflasi teras merangkumi semua barangan dan perkhidmatan yang tidak termasuk makanan segar dengan harga yang tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan yang dikawal harga. Inflasi teras menunjukkan peningkatan kepada 3.0 peratus berbanding 0.7 peratus pada tahun sebelumnya," katanya.
Mengulas tentang inflasi di peringkat negeri pula, Mohd Uzir menjelaskan kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi di mana tiga negeri menunjukkan peningkatan melepasi paras inflasi nasional 3.3 peratus pada 2022.
Beliau berkata peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (7.3 peratus), Selangor (4.2 peratus) dan Johor (3.4 peratus), manakala Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan peningkatan terendah iaitu 2.4 peratus.
Bagi inflasi makanan dan minuman, Putrajaya mencatatkan kenaikan tertinggi 7.7 peratus diikuti oleh Selangor (7.4 peratus), Johor (6.1 peratus) dan Pulau Pinang (6.0 peratus), katanya sambil menambah negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi kumpulan makanan dan minuman nasional iaitu 5.8 peratus pada 2022.
"Peningkatan ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga ayam, telur dan minyak pada 2022 (disebabkan oleh) tekanan geopolitik antara Russia dan Ukraine yang merupakan antara pengeksport bahan mentah bagi produk makanan di Malaysia seperti baja dan tepung gandum," kata Mohd Uzir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023

Menurt Mohd Uzir, peningkatan didorong oleh makanan dan minuman (5.8 peratus), restoran dan hotel (5.0 peratus), pengangkutan (4.7 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5 peratus). - Fail/Bernama
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.

Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.

Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.

Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).

Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.

Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.

IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.