KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) pada Mac 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan itu adalah melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 (1.9 peratus).
"Peningkatan inflasi keseluruhan telah didorong terutamanya oleh kenaikan dalam kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (4.0 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
"Ini diikuti oleh Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah meningkat (3.0 peratus); Restoran dan Hotel (2.9 peratus) dan Pengangkutan (2.6 peratus).
"Dalam masa yang sama, Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan meningkat sebanyak 1.9 peratus manakala Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan meningkat 1.1 peratus.
"Kedua-kedua Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api lain serta Pendidikan masing-masing mencatatkan peningkatan 0.9 peratus, manakala Minuman Alkohol dan Tembakau serta Kesihatan masing-masing mencatatkan peningkatan marginal 0.5 peratus dan 0.2 peratus," memetik Laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac 2022 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Mengulas mengenai laporan tersebut, Mohd Uzir menjelaskan kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.
"Sementara itu, subkumpulan sayur-sayuran meningkat 5.1 peratus. Sayur-sayuran yang menunjukkan peningkatan adalah bayam (24.1 peratus); salad (22.2 peratus) dan sawi (14.5 peratus).
"Peningkatan harga sayur-sayuran ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga global racun dan baja.
"Tambahan pula, konflik antara Rusia dan Ukraine dijangka memburukkan keadaan dengan mengakibatkan peningkatan harga baja sekali gus kos pengeluaran," memetik laporan itu.
Selain itu, menurut beliau purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 mencatatkan kenaikan harga tertinggi RM3.73 seliter berbanding RM2.42 seliter pada bulan yang sama tahun lalu.
Malah, harga minyak mentah Brent juga mencatatkan peningkatan sebanyak 77.3 peratus kepada AS$115.59 setong pada Mac 2022.
"Kenaikan harga minyak global ini adalah ekoran pencerobohan di Ukraine oleh Rusia. Sementara itu, IHP bagi suku tahun pertama 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.2 berbanding 122.5 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.
"Bagi perbandingan suku tahunan pula, IHP meningkat dengan kadar perlahan 0.9 peratus," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Fri Apr 22 2022

Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi. - Foto Astro AWANI

China keluarkan amaran merah untuk curahan gunung dan bencana geologi
Timur Beijing, utara Tianjin dan timur laut Hebei dijangka hadapi risiko tinggi banjir gunung dari 8 malam Isnin hingga 8 malam Selasa.

Tiga penjawat awam ditahan kes air ketum, senjata, ubat batuk
ACP Dzulbaharin Ismail berkata, pemeriksaan polis menemukan syabu seberat 0.41 gram, 224 liter air ketum dan 8.2 liter ubat batuk.

Dua kumpulan hak asasi Israel tuduh kerajaan lakukan genosid di Gaza
BTselem dan Physicians for Human Rights Israel merupakan kumpulan pertama dari Israel sendiri yang membuat dakwaan sedemikian secara terbuka.
Iran rangka protokol baharu bersama IAEA
Kementerian Luar Iran mengesahkan wakil agensi tenaga atom antarabangsa, IAEA, akan melawat republik itu dalam tempoh dua minggu.
Fattah rayu Trump hentikan perang Gaza, bawa masuk bantuan
Presiden Mesir gesa Trump guna pengaruh hentikan perang Gaza dan salur bantuan. Gaza terus derita meskipun Israel umum jeda serangan 10 jam sehari.
Arab Saudi seru AS, Trump bantu tamatkan krisis Gaza
Menteri Luar Saudi seru penglibatan Trump sebagai pemangkin keamanan Gaza dan konflik Palestin-Israel, meskipun persidangan PBB itu diboikot AS dan Israel.
Dua kumpulan hak asasi dakwa Israel lakukan genosid di Gaza
B'Tselem dan Physicians for Human Rights Israel dakwa Israel sengaja musnahkan syarat hidup rakyat Palestin di Gaza. Laporan tunjuk corak tindakan yang dedah niat.

Pakistan bersiap siaga hadapi hujan monsun ketika angka korban banjir hampiri 300
Sekurang-kurangnya 279 orang, hampir separuh daripadanya kanak-kanak, maut dalam insiden berkaitan hujan lebat dan banjir sejak akhir Jun.

Struktur ICQC RTS Link di Bukit Chagar siap
Penyempurnaan struktur ini menandakan projek telah memasuki fasa seterusnya, iaitu kerja pemasangan dalaman dan fasad (muka bangunan).
Thailand hargai usaha Malaysia jayakan gencatan senjata
Phumtham sanjung peranan Malaysia, China dan AS dalam rundingan damai Thai-Kemboja; ASEAN akan pantau pelaksanaan gencatan senjata yang dipersetujui tanpa syarat.

Inflasi Malaysia Jun 2025 kekal perlahan pada 1.1 peratus
Inflasi Malaysia mencatat peningkatan kecil, apabila Indeks Harga Pengguna keseluruhan meningkat sebanyak 0.1 peratus pada Jun 2025 berbanding Mei 2025.

Lebihan dagangan Malaysia kekal positif pada Jun, eksport susut 3.5%
Menurut DOSM, jumlah dagangan negara merosot 1.2 peratus tahun ke tahun kepada RM234.9 bilion berbanding RM237.8 bilion pada Jun 2024.

Jualan perdagangan borong, runcit pada Mei naik 4.4 peratus kepada RM154.3 bilion - DOSM
Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154.3 bilion pada Mei 2025, mencerminkan pertumbuhan 4.4 peratus tahun ke tahun (y-o-y).

IPP Malaysia Mei 2025 naik 0.3% disokong sektor pembuatan
Sektor elektrik turut mencatatkan pemulihan apabila meningkat 0.4 peratus pada Mei, berbanding penyusutan 1.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Bilangan penganggur terus catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Pasaran buruh negara pada Mei 2025 menunjukkan daya tahan dan penyesuaian yang baik terhadap perubahan ekonomi global dan teknologi.

Perdagangan Malaysia kekal momentum, berkembang 2.6 peratus pada Mei 2025
Peningkatan disumbangkan terutamanya oleh import yang naik 6.6 peratus kepada RM125.9 bilion, sementara eksport menurun 1.1 peratus.

IPP Malaysia naik 2.7% pada April 2025, sektor pembuatan tonggak pemulihan
Pencapaian ini didorong oleh industri berorientasikan eksport yang meningkat sebanyak 6.4 peratus.

Sektor pembuatan meningkat 4.8% tahun ke tahun pada April 2025
Menurut DOSM, prestasi bulanan menunjukkan penurunan sebanyak 2.3 peratus berbanding Mac 2025 yang mencatatkan nilai RM164.3 bilion.

TaniStats bantu pengguna pantau harga di ladang, borong, runcit - Ketua Perangkawan
Orang awam kini boleh memantau harga produk pertanian di tiga peringkat berbeza melalui satu platform iaitu TaniStats.

Kadar kelahiran Malaysia turun 11.5%, rekod terendah dalam sejarah - DOSM
Mohd Uzir berkata, jumlah kelahiran hidup pada suku pertama 2025 merupakan rekod terendah pernah dicatatkan.