KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat semikonduktor Infineon Technologies (Infineon) AG mengambil keputusan membuat pelaburan tambahan lima billion euro (RM25 bilion) baru-baru ini selepas diyakinkan tentang keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Beliau mendedahkan, syarikat dari Jerman itu telah menyuarakan kebimbangan berhubung ketidakstabilan politik negara ketika hendak membuat pelaburan tambahan berkenaan.
"Saya kata insya-Allah lima tahun tanpa gangguan, kita terangkan tentang dasar ekonomi, kita jelaskan tentang konsep Malaysia MADANI, mereka berpuas hati Alhamdulillah," katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Perdana di Ukay Perdana, dekat sini, malam tadi.
Pada masa sama, Anwar berkata, syarikat berkenaan turut menyuarakan kerisauannya dan meminta kepastian tentang kewujudan puak pelampau agama dan bangsa di dalam negara.
"Dia bimbang takut golongan ini menang. Saya kata tak menang, insya-Allah. Bila jawab begitu, dia (Infeneon) bawa ke mesyuarat lima hari yang lalu di Jerman," katanya.
Khamis lepas, Infineon mengumumkan perancangan untuk meningkatkan kemudahannya di Kulim, Kedah bagi membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak lima bilion euro bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sejak lima dekad lepas, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.
- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Mega Perdana sempena Pilihan Raya Negeri di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana malam tadi. - Foto BERNAMA
PM tiba di UAE bawa misi ekonomi Malaysia, ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), untuk lawatan rasmi.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Croatia adakan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden
Rakyat Croatia mula mengundi pada Ahad dalam pusingan kedua Pilihan Raya Presiden.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Dilaksanakan tiga siri tahun ini di dua kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula pada tahun ini akan dilaksanakan dalam tiga siri di dua kem.
150 pelatih sukarela lapor diri PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
PGA rampas barangan diimport tanpa cukai bernilai RM1.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 merampas pelbagai barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan, barangan kosmetik serta barangan lain tanpa dokumen sah dan meragukan bernilai RM1.2 juta.
Ibu bersama bayi antara enam maut nahas tiga kereta
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang Ahad.
Kawasan rendah punca Kampung Gembut dinaiki air - Penduduk
Air dari hulu dan kawasan rendah antara faktor berlakunya banjir di Kampung Gembut, Kota Tinggi, Johor.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
Pelaburan tambahan Infineon bukti keyakinan terhadap dasar negara - PM Anwar
Dasar ekonomi negara yang jelas dan kestabilan politik menjadi antara faktor yang menarik syarikat Infineon Technologies AG (Infineon) untuk mengumumkan pelaburan tambahan di Malaysia.
Anak muda perlu semak dahulu kesahihan berita - Anwar
Rakyat khususnya golongan muda boleh menyemak dengan mudah menerusi Internet untuk mengesahkan pihak mana yang tidak bercakap benar mengenai sesuatu perkara, kata Anwar.
Infineon tambah pelaburan kerana yakin kestabilan politik negara - Anwar
Syarikat itu telah menyuarakan kebimbangan berhubung ketidakstabilan politik negara ketika hendak membuat pelaburan tambahan berkenaan.
Pengumuman pelaburan tambahan Infineon selaras gagasan Ekonomi Madani - PM
Keyakinan syarikat semikonduktor global itu mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan.