Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) memohon agar kerajaan membenarkan penjualan vape nikotin secara terkawal seperti yang dilaksanakan di United Kingdom.
Presiden, MEVTA Rizani Zakaria berkata, kebanyakan pemain industri vape terjejas dengan rampasan produk bernilai jutaan ringgit yang dilakukan oleh penguatkuasaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara baru-baru ini.
"Kami ambil maklum tindakan penguatkuasaan yang diambil kementerian ke atas industri vape di negara ini bermohon agar semua pihak (peniaga vape) yang terjejas bekerjasama dengan pihak berkuasa.
"Pihak industri vape juga mohon agar kerajaan membenarkan penjualan vape nikotin secara terkawal seperti peraturan dilaksanakan di United Kingdom yang mana sistem diperkenalkan itu terbukti berkesan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata pihak industri juga mencadangkan agar Jawatankuasa Khas kawalan penggunaan vape yang dipengerusikan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye itu turut melibatkan MEVTA sebagai wakil industri untuk berbincang bersama berkenaan peraturan yang bakal digubal.
Jelasnya, industri vape di Malaysia pada masa kini diusahakan oleh ramai usahawan belia tempatan iaitu hampir 95 peratus terdiri daripada usahawan Bumiputera.
Media tempatan semalam melaporkan KKM merampas 35,439 produk disyaki mengandungi nikotin melibatkan rampasan bernilai RM6.38 juta dalam satu operasi bersepadu di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 02 2019

Industri vape di Malaysia pada masa kini diusahakan oleh ramai usahawan belia tempatan iaitu hampir 95 peratus terdiri daripada usahawan Bumiputera. - Gambar hiasan

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ncig tutup operasi di Malaysia, tumpu pasaran Eropah dan UK
Isu vape terus menjadi bualan hangat.Meskipun kerajaan ketika ini sedang melakukan kajian berkaitan regulasi penggunaan rokok elektronik itu.