Industri pertahanan tempatan perlu lebih proaktif dengan sentiasa mengikut kehendak pasaran dan tidak hanya menumpukan produk atau perkhidmatan kepada Kerajaan Malaysia sahaja, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata peserta industri perlu turut meletakkan sasaran menjadi pengeksport di peringkat rantau atau global, di samping menghasilkan produk dwiguna untuk pasaran komersial.
"Industri pertahanan mempunyai potensi besar untuk menjana ekonomi sesebuah negara dengan mengambil kira skopnya yang luas meliputi bidang aeroangkasa, maritim dan persenjataan.
Banyak peluang pekerjaan yang dapat dimanfaatkan selain membawa lebih banyak kepakaran dalam industri," katanya semasa berucap merasmikan Program 'Hari Pemadanan Perniagaan 2019' Kementerian Pertahanan di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE) di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kementerian mengalu-alukan penglibatan pemain industri dalam menjalin kerjasama ke arah pengembangan projek-projek inovasi.
Beliau berkata sokongan dan kerjasama erat perlu wujud antara pencipta inovasi dan pihak industri untuk memenuhi keperluan pengguna.
"Sebagai sebuah negara, kita perlu mencari formula sesuai untuk terus membangunkan industri pertahanan yang kukuh. Pembangunan industri pertahanan ini juga perlu berteraskan perkembangan teknologi dan evolusinya," katanya.
Mohamad berkata penyelidikan dan pembangunan tidak berkesan sekiranya penggunaan teknologi terhad dan tidak menepati keperluan pengguna dan pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019
Mohamad Sabu mendengar penerangan di salah satu ruang pameran yang terdapat pada Majlis Mindef Business Matching Day di Kompleks Induk Stride, Kajang, 23 Okt, 2019. --fotoBERNAMA
Hanya dua projek JKR Persekutuan dikategorikan 'sakit' di Sarawak
Hanya ada dua projek yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai sakit di Sarawak, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Kerajaan kaji data, pastikan subsidi bantu kumpulan sewajarnya - Amir Hamzah
Langkah menarik balik subsidi petrol RON95 untuk kumpulan T15 atau 15 peratus teratas dan warga asing adalah sebahagian daripada usaha itu.
Prabowo ajak rakyat berani hadapi cabaran dan ancaman
Pemimpin berusia 73 tahun itu menegaskan, republik itu yang memiliki lebih 200 juta penduduk dianugerahkan oleh kekayaan sumber alam yang sangat besar dan ia harus dimanfaatkan untuk pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Prabowo ikrar basmi kemiskinan Indonesia
Dihadapi 20 ketua negara asing, dan disaksikan jutaan penduduk Indonesia, Prabowo Subianto yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia kelapan berikrar untuk membasmi kemiskinan di republik itu.
BN mampu raih lebih kerusi pada PRU16 jika ketepi isu remeh - Zahid
Barisan Nasional (BN) mampu menang lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang, sekiranya gabungan itu mengetepikan perkara-perkara remeh kata Ahmad Zahid.
Belanjawan 2025: Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi - Rafizi
Pengkelasan kategori T15 sedang diperhalusi bagi memastikan penyasaran subsidi Kerajaan adil kepada semua pihak.
Perkampungan diarah henti operasi sejak September
Sebuah maahad yang terdapat di dalam perkampungan GISB di Kampung Batu Hampar Dalam, Beruas, diarah menghentikan operasi sejak September lalu.
Negara dalam pecutan terakhir kejar status maju - Rafizi
Negara kini dalam pecutan terakhir untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
AS siasat kebocoran dokumen rahsia persiapan Israel serang Iran
Pegawai AS menyatakan bahawa dokumen tersebut menunjukkan persiapan Israel untuk serangan balas terhadap Iran, termasuk pemindahan aset ketenteraan dan peluru berpandu canggih.
Institusi pendidikan di Sarawak perlu seiring dengan agenda teknologi negeri
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mahu Institusi pendidikan Sarawak seiring bidang teknologi yang sedang diterokai oleh wilayah itu.
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.
MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.