Industri perikanan negara kini menghadapi cabaran kekurangan golongan muda dalam industri tersebut sehingga menyebabkan pemilik bot lebih gemar menggajikan awak-awak warga asing bagi membantu mereka.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata justeru kementeriannya sedang merencana pelbagai pendekatan dalam usaha memodenkan industri perikanan bagi menarik lebih ramai golongan muda melibatkan diri dalam industri berkenaan.
"Cabaran masa kini adalah awak-awak kita kebanyakannya warga asing dan ini merupakan masalah besar yang sering kita hadapi, justeru kementerian akan melihat perkara ini secara serius supaya anak-anak muda boleh ceburi bidang perikanan ini.
"Antara perkara yang dirancang adalah memodenkan industri perikanan, supaya dapat menjamin golongan muda untuk menjadi nelayan moden. Itu harapan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra bersama nelayan Parlimen Ledang di Pengkalan Nelayan Kesang, di sini malam Ahad.
Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom Dr Faizul Amri Adnan, ADUN Pemanis Dr Chong Fat Full dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan LKIM Untong Keri.
Sementara itu, Salahuddin yang juga Anggota Parlimen Pulai berkata golongan nelayan disaran melakukan kerja alternatif seperti melibatkan diri dalam bidang akuakultur sebagai sumber pendapatan tambahan agar dapat meningkatkan taraf hidup mereka.
"Kita akan melihat secara spesifik pada nelayan yang berminat untuk menceburi bidang ini kerana ianya mempunyai potensi yang sangat besar dan pasarannya bukan sekadar tempatan bahkan menembusi pasaran luar negara.
"Kementerian akan membantu mereka termasuk dari segi kepakaran, latihan dan bantuan modal yang bakal dibincangkan bersama pihak Agro Bank untuk mereka memulakan bidang baharu ini," kata Salahuddin yang juga ADUN Simpang Jeram.
Terdahulu, dalam sesi dialog bersama nelayan Parlimen Ledang, antara isu yang di ketengahkan para nelayan adalah isu persempadanan negeri antara Johor dan Melaka dan mendakwa Jabatan Perikanan Melaka sering menahan mereka daripada meneruskan aktiviti mencari hasil di laut.
"Saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari mengenai hal ini dan perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Namun saya mengingatkan para nelayan agar cermat ketika melakukan aktiviti di laut.
"Kalau nelayan pun kerap sangat memasuki kawasan sempadan yang dilarang, itu juga merupakan masalah. Jadi kita akan menyelesaikan masalah ini secara situasi menang-menang," katanya.
Berdasarkan rekod LKIM, setakat ini kira-kira 125,000 nelayan berdaftar dengan LKIM di seluruh negara merangkumi tiga kategori iaitu tangkapan ikan, hiliran dan perusahaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 27 2019
Golongan nelayan disaran melakukan kerja alternatif seperti melibatkan diri dalam bidang akuakultur sebagai sumber pendapatan tambahan. - Gambar fail
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.
Pertumbuhan APEC diunjur menyederhana kepada 3.1 peratus pada 2025
Rantau APEC sedang mengharungi cabaran ekonomi yang ketara apabila keadaan global berkembang.
Peningkatan kadar gaji minimum bakal rangsang ekonomi negara - Sim
Pekerja yang mempunyai tambahan duit di dalam poket, bakal merangsang pasaran tempatan.
Penambahbaikan SST dijangka jana hasil RM51.7 bilion pada 2025 - Amir Hamzah
Unjuran itu menunjukkan peningkatan jangkaan sebanyak RM5 billion daripada unjuran kutipan SST semasa sebanyak RM46.7 billion.
Trump 2.0 dijangka mampu tingkatkan hubungan ekonomi dan keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis
Pendekatan 'America First' Trump mungkin sebenarnya boleh buka peluang ekonomi lebih besar untuk Malaysia.
'ASEAN berpotensi pastikan harga barang negara anggota stabil'
Ia berpotensi mengukuhkan kedudukan ekonomi ASEAN di persada global dan memastikan kestabilan harga serta daya tahan ekonomi rantau ini.
Krisis inflasi terburuk Australia berakhir - PM Albanese
Rakyat Australia mempunyai sebab untuk optimis, dengan data baharu menunjukkan inflasi berada pada paras terendah dalam tempoh tiga tahun.