PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan pekerja sektor industri perabot untuk mendapatkan vaksinasi segera melalui Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVac) yang sedang dilaksanakannya.
Perkara itu disampaikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan sesi libat urus bersama sektor industri perabot.
Nanta dalam kenyataan pada Jumaat berkata sesi libat urus bersama sektor industri perabot itu diadakan bagi mendapatkan maklum balas terkini berkaitan kedudukan dan situasi semasa sektor berkenaan terutamanya sub sektor pengedaran dan peruncitan perabot.
Menurutnya, sektor industri perabot negara mengalami kerugian kira-kira RM1.6 bilion sejak pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara Jun lepas kerana tidak dibenarkan beroperasi.
Melalui sesi libat urus tersebut, KPDNHEP telah menerima maklum balas serta cadangan berkaitan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP), kadar vaksinasi pekerja dan pembukaan semula sektor industri perabot di bawah fasa PPN, katanya.
"Dalam sesi itu, ditekankan betapa pentingnya semua pemain industri sektor perabot untuk bersiap sedia lebih awal sebelum pembukaan semula aktiviti ekonomi sepenuhnya dengan memastikan semua pekerja telah divaksinasi dan semua SOP di patuhi," katanya.
Sesi libat urus yang turut disertai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Wee Jeck Seng itu melibatkan Majlis Perabot Malaysia (MFC), Persatuan Usahawan Perabot Kuala Lumpur dan Selangor (KSFA), Johor Bahru Furniture Association (JBFA), Pahang Furniture Manufacturers and Traders Association (5P) dan syarikat-syarikat utama perabot di Malaysia.
"KPDNHEP sangat prihatin dan mengambil maklum isu-isu yang telah dibangkitkan oleh sektor industri perabot," kata Nanta yang akan memperhalusi setiap cadangan yang dikemukakan sebelum dibawa ke mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sektor industri perabot adalah antara penyumbang utama kepada ekonomi domestik negara dengan nilai jualan sekitar RM9.6 bilion pada tahun 2019, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

NANTA: KPDNHEP sangat prihatin dan mengambil maklum isu-isu yang telah dibangkitkan oleh sektor industri perabot. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.

Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.

Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.

Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.

Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.

KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.