PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan sumbangan industri mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM29 bilion menjelang 2030 selain memastikan industri tersebut dibangunkan secara lestari, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Muhyiddin mahu semua pihak berkepentingan termasuk masyarakat bekerjasama menggarap idea terbaik dalam membangunkan industri mineral.
"Selain itu, agensi berkaitan harus meneliti aspek galakan sama ada dalam bentuk insentif kewangan atau bukan kewangan bagi menyokong perkembangan industri mineral yang bertanggungjawab dan mampan," katanya ketika melancarkan Kerangka Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030, di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, sumbangan sektor mineral kepada KDNK pada 2019 ialah sebanyak RM9.9 bilion.
"Kerajaan juga mengharapkan kolaborasi strategik pelbagai pihak bagi bersama-sama mentransformasikan industri ini supaya membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat," katanya.
Muhyiddin bagaimanapun berkata pembangunan industri mineral negara ini tidak seimbang antara peringkat huluan, pertengahan dan hiliran.
Justeri katanya kerangka pelan yang dilancarkan hari ini merupakan agenda baharu negara yang menjadi rujukan utama semua pihak berkepentingan bagi memastikan industri dibangunkan secara holistik.
"Seiring kemajuan pesat dalam era Revolusi Industri 4.0, permintaan terhadap pelbagai jenis mineral terus meningkat secara drastik.
"Teknologi untuk masa hadapan terus bergantung pada input mineral yang tinggi termasuk pembuatan produk untuk menangani perubahan iklim seperti panel solar, kincir angin, kenderaan elektrik dan storan penyimpanan tenaga," katanya.
Menyedari hakikat itu, Muhyiddin berkata Malaysia yang kaya dengan hasil mineral harus bijak memposisikan diri serta mengambil peluang untuk meneroka dan membangunkan sumber yang dimiliki.
"Namun demikian, ini tidak bermakna kerajaan membenarkan aktiviti dalam industri ini dijalankan tanpa kawalan. Cabaran yang masih dihadapi seluruh dunia yang perlu ditangani ialah menguruskan industri ini tanpa menyebabkan kerosakan alam sekitar dan gangguan kepada kehidupan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Muhyiddin bagaimanapun berkata pembangunan industri mineral negara ini tidak seimbang antara peringkat huluan, pertengahan dan hiliran. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.
![[KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia? [KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736214337_OceanFoundation.jpg)
[KOLUMNIS] Perlombongan dasar laut dalam: Bersediakah Malaysia?
Mineral dasar laut dalam ini berpotensi menyokong pengeluaran besar-besaran elektronik penting seperti telefon pintar dan tablet.

Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.

ASEAN pertimbang kerjasama mineral kritikal untuk pastikan keselamatan tenaga
Negara anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sedang mempertimbangkan kerjasama mineral kritikal bagi mengekalkan keselamatan tenaga rantau ini.

Mineral baharu: 'Gunakan anugerah Allah sebaik mungkin' - MB Perak
Kerajaan Perak memberi jaminan bahawa projek rintis perlombongan mineral baharu yang ditemui akan mematuhi segala SOP.

Industri mineral disasar sumbang RM29 bilion kepada KDNK menjelang 2030 - Muhyiddin
Kerajaan menyasarkan sumbangan industri mineral kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada RM29 bilion menjelang 2030.

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Mineral, Manusia dan Malaysia (3M)
Perlumbaan mendapatkan bekalan sumber mineral kini tidak terhad kepada aktiviti perlombongan subpermukaan dan bawah tanah malah turut melangkaui operasi laut dalam.

Pengumuman Kedah mengejutkan, Kelantan tidak akan tergopoh-gapah umum penemuan REE - Mohd Amar
Kerajaan Kelantan katanya mengambil sikap cermat, berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah atau teruja untuk mengumumkan perkara seumpamanya.

Penerokaan REE ancam keselamatan bekalan air Perlis, Kedah, Pulau Pinang - PBAPP
Penerokaan mineral REE berskala besar di kawasan tadahan Ulu Muda termasuk Sik dan Baling di Kedah akan menjejaskan bekalan air tiga negeri.

Kedah lulus permit teroka mineral bernilai RM60 bilion
Penerokaan itu membabitkan mineral jenis rare earth elements (REE) yang tidak beradioaktif Sik, Ulu Muda dan Baling.